Nur Majidah menang Promosi Beli dan Menang Yayasan

Nur Majidah menang Promosi Beli dan Menang Yayasan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Dayang Nur Majidah binti Ismail muncul sebagai pemenang bertuah dengan membawa pulang hadiah berupa sebuah televisyen Sony LED 48 inci bersama Sony DVD Home Theatre dalam Cabutan pertama bagi Promosi Beli dan Menang 2015, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Pengarah Urusan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Dalam acara cabutan bulanan pertama bagi promosi itu, seramai 75 orang pelanggan yang bertuah yang membeli-belah di kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam promosi berkenaan dipanggil untuk menentukan cabutan bertuah bagi 5 orang pemenang hadiah utama.

Haji Brahim bergambar ramai dengan para pemenang bertuah di majlis berkenaan.
Haji Brahim bergambar ramai dengan para pemenang bertuah di majlis berkenaan.
Haji Brahim menyampaikan hadiah kepada Dayang Nur Majidah.
Haji Brahim menyampaikan hadiah kepada Dayang Nur Majidah.

Dalam cabutan untuk menentukan pemenang-pemenang lima hadiah utama, Dayang Nur Majidah membawa pulang hadiah televisyen dan home theatre, Dayang Norharinawati bin Haji Ahmad membawa pulang hadiah iPhone 6S 64GB, Dayang Rubia binti Haji Hitam membawa pulang hadiah Samsung Galaxy Note 5, Haji Naim bin Brahim membawa pulang hadiah berupa kamera Canon EOS dan Dayang Fatin Nadhirah binti Shari memenangi iPad Air 2 16 GB.

Sementara itu, 70 pelanggan-pelanggan lain pula memenangi sama ada barangan elektronik atau baucar membeli-belah.

Promosi itu diadakan bersempena dengan Brunei Salebration 2015 yang bermula dari 7 Disember 2015 dan akan berakhir pada 8 Februari dimana jualan selaman 64 hari itu dihasratkan untuk menggalakan orang ramai khususnya penduduk dan rakyat Brunei berbelanja dan membeli-belah di dalam negara serta dalam masa yang sama membantu meningkatkan ekonomi negara.

ARTIKEL YANG SAMA