Nurhidayah menangi percutian ke Dubai

Nurhidayah menangi percutian ke Dubai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Promosi Cabutan Hari Raya Volkswagen anjuran Maju Motors Sdn Bhd berakhir semalam dengan salah seorang pelanggan bertuah memegang hadiah utama berupa pakej pelancongan ke Dubai bernilai $6,000.

Hadiah lumayan itu telah dimenangi oleh Dayang Nurhidayah binti Haji Rosli yang diwakili oleh ibu beliau Dayang Fatimah untuk menerima hadiah pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen.

Menurut Dayang Fatimah, anak beliau yang bertugas sebagai pramugari masih dalam penerbangan dari Dubai menuju ke tanah air, dan ini merupakan kejutan besar untuk beliau setelah memenangi tiket melancong ke Dubai tersebut.

Dayang Nurhidayah membeli kereta Volkswagen Scirocco pada 22 Jun lalu sekali gus membuka peluang kepada beliau menyertai promosi cabutan berkenaan.

Bernd Siffling menyampaikan hadiah utama kepada ibu Dayang Nurhidayah yang memenangi cabutan bertuah Volkswagen.
Bernd Siffling menyampaikan hadiah utama kepada ibu Dayang Nurhidayah yang memenangi cabutan bertuah Volkswagen.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.
Dayang Fatimah semasa majlis berkenaan.
Dayang Fatimah semasa majlis berkenaan.

Pada majlis itu, hadiah kedua berupa baucar wang tunai $3,000 telah dimenangi oleh Dr. Lim Miaw Yen, manakala itu, Awang Muhammad Azizul Hakim bin Khalid memenangi baucar wang tunai $1,500 di tempat ketiga.

Selain itu, Maju Motors turut memberikan baucar wang tunai sebanyak $500 untuk lima pemenang sagu hati dan baucar wang tunai sebanyak $100 bagi 10 pemenang lainnya.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Besar Maju Motors Sdn Bhd, Bernd Siffling di hadapan 150 orang pelanggan lain yang juga sebagai pemegang kad cabutan bertuah itu.

Bernd Siffling berkata, “Kami percaya dengan memberikan balik kepada pelanggan kami pada bulan mulia ini, kami berharap mereka akan lebih menikmati Hari Raya dengan begitu meriah”.

Promosi Hari Raya itu dibukakan bagi pelanggan yang membeli mana-mana kereta Volkswagen dan berlangsung sejak April lalu hingga Jun.

ARTIKEL YANG SAMA