Nuri al-Maliki bakal dibicarakan

Nuri al-Maliki bakal dibicarakan

BAGHDAD/BEIRUT, 17 Ogos (Reuters) – Panel parlimen Iraq semalam menggesa supaya bekas Perdana Menteri Nuri al-Maliki dan berbelas-belas pegawai tertinggi lain dibicarakan di atas kejatuhan bandar utara Mosul kepada kumpulan Negara Islam (IS) tahun lalu.

Secara berasingan, Perdana Menteri Haider al-Abadi mengarahkan para pemerintah tentera yang dituduh meninggalkan jawatan di Ramadai, bandar wilayah barat Anbar yang ditakluki oleh kumpulan Negara Islam (IS) dalam bulan Mei, supaya berdepan Mahkamah Tentera.

Langkah itu dibuat seminggu selepas Abadi melancarkan kempen besar-besaran untuk membaharui sistem pentadbiran dan adalah langkah paling drastik yang diambil oleh Baghdad bagi kebertanggungjawaban di atas kehilangan hampir sepertiga wilayah negara kepada pejuang jihad radikal.

Abadi juga mengurangkan 11 jawatan menteri semalam, dengan mengurangkan tiga timbalan perdana menteri dan empat lagi jawatan lain sementara menggabungkan empat kementerian dengan kementerian lain yang serupa.

Setahun dalam jawatannya, Abadi berusaha mengubah sistem yang menurutnya telah menggalakkan naungan etno-sekta, mewujudkan rasuah dan ketidakcekapan yang menghalang rakyat Iraq dari menikmati perkhidmatan asas sementara melemahkan pasukan kerajaan dalam pertempuran menentang Kumpulan Kerajaan Islam.

Bekas PM Iraq Nuri al-Maliki. – AFP
Bekas PM Iraq Nuri al-Maliki. – AFP

Pasukan tentera Iraq yang mempunyai sejuta anggota, dilatih oleh Washington pada kos lebih $20 bilion, telah pincang akibat semangat rendah dan rasuah yang menghalang bekalan. Keberkesanannya terjejas oleh persepsi di kalangan orang Islam Sunni bahawa ia mengamalkan kepentingan Syiah yang bertentangan, majoriti di Iraq.

Penaklukan Mosul oleh kumpulan IS, bandar kedua Iraq, pada Jun 2014 ketika ia menyerang sempadan Syria, dan mengisytiharkan “khalifah” moden, betul-betul mendedahkan perpecahan sistem yang ditinggalkan oleh pendudukan AS pada 2003-2011.

Ia telah meninggalkan kerajaan Baghdad bergantung pada militia Syiah, ramai yang dibiayai atau dibantu oleh negara jiran, Iran, untuk mempertahankan bandar dan menawan semual kawasan yang hilang.

Penemuan panel itu mengatakan Maliki yang masih orang berpengaruh meskipun jawatan naib presidennya dibatalkan minggu lalu dalam reformasi Abadi, mempunyai gambaran tidak tempat tentang ancaman ke atas Mosul kerana beliau memilih para pemerintah yang terlibat dengan rasuah dan gagal mempertanggungjawabkan mereka.

Laporan itu yang peroleh Reuters dan mengesahkan sebagai yang tepat oleh tiga anggotanya, juga meletakkan tanggung jawab di atas kejatuhan Mosul itu kepada bekas Gabenor Mosul Atheel al-Nujaifi, bekas pemangku menteri pertahanan Sadoun al-Dulaimi, bekas ketua tentera Jeneral Babakir Zebari dan Leftenan Jeneral Mahdi al-Gharrawi, bekas pemerintah operasi wilayah Nineveh, yang mana Mosul adalah ibu kotanya.

Yang lain juga dituduh ialah pemerintah polis Nineveh Major Jeneral Khalid Hamdani, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Adnan al-Assadi, bekas ketua perisikan tentera, Leftenan Jeneral Hatam al-Magsousi dan tiga lagi anggota Kurdis pasukan keselamatan Iraq.

ARTIKEL YANG SAMA