Nuzul Al-Quran terus diraikan

Nuzul Al-Quran terus diraikan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani & Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Sambutan Nuzul Al-Quran terus dimeriahkan dengan majlis-majlis sambutan oleh pelbagai pihak di negara ini, termasuk Kementerian Perhubungan dan Kementerian Kewangan yang mengadakannya, hari ini, di kementerian masing-masing yang diselajurkan penyampaian derma anak-anak yatim.

Di Kementerian Perhubungan, majlis telah dihadiri oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, yang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada 42 orang anak yatim warga kementeriannya.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, ketua-ketua bahagian dan jabatan, timbalan-timbalan ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan kementerian berkenaan, telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh mahasiswa Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Muhammad Arif bin Haji Johari.

Majlis turut disemarakkan dengan ceramah khas bertajuk “Al-Quran Penawar dan Rahmat” yang disampaikan oleh penceramah undangan daripada Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Shahruddin bin Haji Patra.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah ketika menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran kementeriannya, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah ketika menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran kementeriannya, kelmarin.
Dato Paduka Haji Hisham dan YAM Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah ketika menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Kewangan.
Dato Paduka Haji Hisham dan YAM Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah ketika menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Kewangan.

Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, Awang Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof selaku pengerusi majlis dalam ucapannya menjelaskan, majlis tersebut bertujuan mengeratkan lagi perpaduan dan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan di Kementerian Perhubungan di samping memperingati hari-hari kebesaran Nuzul Al-Quran.

Sambutan yang dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kementerian berkenaan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim oleh tetamu kehormat majlis dan doa selamat.

Sementara itu, majlis yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, pula telah dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Dasar dan Pelaburan), Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah selaku wakil tetamu kehormat majlis, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah binti Pengiran Maharajalela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd Yusof, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, kementerian berkenaan kelmarin. Gambar Siti Nur Wasimah S.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim di majlis sambutan di kementeriannya.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim di majlis sambutan di kementeriannya.
Dato Paduka Haji Hisham menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.
Dato Paduka Haji Hisham menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Perbekalan dan Stor Negara selaku pengerusi majlis, Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Laila Wijaya Pengiran Haji Yusoff.

Majlis itu juga disemarakkan dengan ceramah khas bertajuk “Kelebihan Lailatul Qadar dan Al-Quran” yang telah disampaikan oleh penceramah undangan, Haji Mail bin Haji Besar, yang antara lain menyentuh mengenai syarat-syarat memasuki bulan Ramadan iaitu umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan, menghidupkan malam-malam bulan Ramadan dengan amalan-amalan sunat, meraikan Lailatul Qadar dan membaca Al-Quran.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian derma kepada 24 orang anak yatim warga Kementerian Kewangan yang disampaikan oleh Dato Paduka Haji Hisham.

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim tahun ini merupakan kelolaan Jabatan Perbekalan dan Stor Negara.

ARTIKEL YANG SAMA