NY umum armada elektrik terbesar

NY umum armada elektrik terbesar

NEW YORK, 2 Dis (AFP) – Datuk Bandar New York Bill de Blasio semalam mengumumkan rancangan untuk membina apa disifatkannya armada terbesar kenderaan elektrik di mana-mana bandar Amerika Syarikat (AS) dan akan mengurangkan pengeluaran emisi lalu lintas perbandaran.

Dia membuat pengumuman itu sehari selepas para pemimpin dunia memulakan sidang mesyuarat di Paris dalam mencari perjanjian yang sukar dicapai yang akan memisahkan ekonomi dunia dengan bahan api fosil yang memarakkan kepanasan sejagat.

Program ‘NYC Clean Fleet’ menumpu pada rancangan untuk mengurangkan pengeluaran kenderaan perbandaran dalam tempoh separuh menjelang 2025 dan 80 peratus menjelang 2035.

Dewan bandar raya mengatakan ia akan menggantikan 2,000 sedan bahan api fosil dengan kenderaan elektrik dalam tempoh 10 tahun akan datang dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan gasolin dengan 2.5 juta gelen setahun.

Agensi-agensi bandar raya mengendali lebih 11,000 sedan dan SUV – separuhnya adalah bagi penggunaan kecemasan jabatan bomba dan polis, yang mana teknologi elektrik belum lagi memenuhi, menurut perbandaran.

New York Times melaporkan bahawa program itu akan memerlukan pelaburan modal $50-80 juta dalam tempoh dekad akan datang, untuk menyokong pembentukan tambahan kapasiti pengecas bagi kenderaan.

“Dengan membina armada terbesar kenderaan elektrik di negara itu dan berpotensi di dunia – Bandar New York terus menjadi contoh,” kata de Blasio.

“Bandar-bandar menentukan rentak bagi tindakan iklim dan dengan bandar kita dan masa depan planet kita berisiko, kia perlu pendahulu kebangsaan di Paris untuk mengambil perhatian dan mengambil tindakan.”

De Blasio telah menggariskan rancangan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau 80 peratus di seluruh bandar itu menjelang 2050.

ARTIKEL YANG SAMA