Nyawa kanak-kanak berisiko

Nyawa kanak-kanak berisiko

SEOUL, 8 Julai (Reuters) – Kemarau teruk di Korea Utara telah meletakkan nyawa kanak-kanak dalam risiko dan kebanyakan dalam bahaya serius dijangkiti kuman dan pemakanan tidak seimbang, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) berkata hari ini.

UNICEF berkata dalam satu keterangan terdapat peningkatan ketara terhadap kes-kes cirit birit di kalangan kanak-kanak di kawasan yang terjejas kemarau, di mana akses kepada sumber minuman selamat dan sanitasi telah terjejas teruk.

“Kekurangan air hujan mengurangkan akses kepada air bersih dan menjejaskan kebersihan efektif, meletakkan nyawa kanak-kanak dalam bahaya,” Pengarah Serantau UNICEF Daniel Toole berkata.

Korea Utara berkata mereka mengalami kemarau yang paling teruk dalam satu abad, dengan beberapa rantau pertanian utamanya terjejas teruk.

Negara tersebut mempunyai jumlah tinggi kanak-kanak kekurangan zat makanan, sebanyak satu dalam empat kanak-kanak menurut kajian pada 2012, meningkatkan kebimbangan mengenai impak kemarau tersebut, menurut UNICEF.

“Kanak-kanak ini sangat terdedah, kerana kanak-kanak yang kekurangan zat makanan mempunyai daya tahan yang rendah terhadap penyakit dan kuman bawaan air,” menurut agensi tersebut.

Pakar mengatakan walaupun tahap kemarau di paras teruk, pasaran yang baru ditubuhkan dan plot ladang swasta perlu menyediakan penimbal terhadap kebuluran serupa yang melanda negara itu pada 1990-an.

ARTIKEL YANG SAMA