NZ dilanda gempa bumi

NZ dilanda gempa bumi

WELLINGTON, 14 Feb – Satu gempa bumi dengan magnitud 5.7 melanda kawasan berhampiran Christchurch di New Zealand hari ini, menyebabkan cenuram runtuh ke laut tetapi tidak mencetuskan kerosakan besar di bandar, yang dimusnahkan oleh gempa bumi pada 2011 yang membunuh hampir 200 orang.

Pusat gempa hari ini di pulau selatan New Zealand adalah 15km dari timur Christchurch dan pada kedalaman 15km, kata badan seismologi negara Geonet.

Geonet berkata terdapatnya lebih 40 gegaran lanjutan.

Gempa bumi berlaku lapan hari sebelum ulang tahun gempa bumi teruk pada 2011 yang menyebabkan kerosakan bernilai NZ$40 bilion, menyebabkan kebanyakan kawasan bandar perlu dibina semula.

Polis berkata tidak adanya laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan serius, namun orang dipindah daripada beberapa bangunan dan terdapatnya laporan pencecairan. Majlis Perbandaran Christchurch berkata cenuram runtuh di beberapa tempat di sepanjang pantai berhampiran, menyebar kepulan debu yang berterbangan di kawasan laut dan bukit.

Debu dan serpihan kelihatan di atas rumah-rumah selepas cenuram runtuh akibat gempa bumi di kawasan Whitewash, Pantai Scarborough, di Christchurch, New Zealand, 14 Februari. – Reuters
Debu dan serpihan kelihatan di atas rumah-rumah selepas cenuram runtuh akibat gempa bumi di kawasan Whitewash, Pantai Scarborough, di Christchurch, New Zealand, 14 Februari. – Reuters

“Jelasnya gempa bumi dengan magnitude 5.7 amat dekat dengan pantai timur Christchurch, ia pastinya satu kejutan besar untuk bandar, satu halangan dari segi keyakinan penduduk dan rasa terjamin,” kata datuk bandar Christchurch Lianne Dalziel.

“Bandar kami adalah lebih kuat berbanding lima tahun lalu. Terdapat lebih ramai orang di sana yang rasa amat mudah terdedah kepada bahaya.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA