NZ kekalkan tentera di Iraq 18 bulan lagi

NZ kekalkan tentera di Iraq 18 bulan lagi

WELLINGTON, New Zealand 20 Jun (AP) – New Zealand hari ini mengumumkan rancangannya untuk mengekalkan kontinjen kecil tenteranya di Iraq bagi tempoh 18 bulan lagi, ketika ia terus menyokong usaha pasukan bersekutu yang diketuai AS untuk menumpaskan kumpulan Islam IS.

Tahun lalu, New Zealand menghantar 143 kakitangan tentera bagi misi dua tahun untuk melatih pasukan keselamatan Iraq. Misi itu dijangka selesai Mei depan, tetapi Perdana Menteri John Key berkata pasukan tentera kini akan berada di sana sehingga November 2018.

Key berkata misi itu akan diubah. Pasukan tentera New Zealand kini akan dibenarkan melatih polis Iraq dan juga tentera Iraq, ketika Iraq cuba bertahan pada perolehan wilayah ke atas IS.

Menurutnya kekejaman kumpulan itu telah diperlihatkan di seluruh dunia, termasuklah dalam serangan di Paris dan Brussels.

“Dan propagandanya yang menjelikkan telah meradikalkan pengganas-pengganas yang bertindak bersendirian, yang telah melancarkan kekejaman di tempat-tempat lain,” tambah Key lagi.

Pasukan tentera Iraq baru-baru ini mengusir para militan dari kebanyakan bandar Fallujah. Itu menjadi Mosul, bandar kedua terbesar sebagai satu-satunya kubu kuat bandar yang masih tinggal bagi para militan IS di negara itu.

Ketua pembangkang Andrew Little berkata dalam satu kenyataan bahawa Key tidak menekankan tentang perluasan dan lanjutan misi dan beliau tidak terbuka tentang permintaan yang dibuat ke atas New Zealand oleh sekutu-sekutu campurannya.

Tentera New Zealand ditempatkan di pangkalan tentera Taji utara Baghdad adalah sebagai sebahagian misi bersama dengan Australia.

ARTIKEL YANG SAMA