NZ uji teknologi baru tangani isu bom

NZ uji teknologi baru tangani isu bom

WELLINGTON, 8 Sept – Kerajaan New Zealand dijangka menguji teknologi baru untuk menangani senjata belum meletup sebagai sebahagian daripada pakej untuk membersihkan kelengkapan era Perang Vietnam dari laos, kata Perdana Menteri John Key hari ini.

New Zealand akan memperuntukkan 11.5 juta dolar NZ dalam sokongan untuk membersihkan kelengkapan tidak meletup (UXO), kata Key dalam satu kenyataan daripada pejabat beliau selepas bertemu dengan Perdana Menteri Laos Thongloun Sisoulith di Vientiane, ketika Sidang Kemuncak Asia Timur. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA