NZDF bantu ta...

NZDF bantu tangani kebakaran hutan

WELLINGTON, 14 Feb – Anggota Pertahanan New Zealand (NZDF) telah ikut serta dalam memadam siri kebakaran hutan yang semakin berleluasa dan mengakibatkan seorang maut dan beberapa rumah musnah di sebelah timur Kepulauan Utara dan Selatan.

Seorang Juruterbang maut apabila sebuah helikopter terhempas semasa melakukan bantuan untuk memadam kebakaran di kawasan bukit di sekitar bandar Pulau Selatan Christchurch dan kawasan sekitar Canterbury, Polis New Zealand, berkata hari ini.

Polis dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam menyiasat hal keadaan kemalangan itu, yang berlaku petang Selasa, Penguasa Lane Todd berkata dalam satu kenyataan.

Sementara itu daerah Hastings, di rantau yang lebih rendah di Utara Teluk Hawke, mengisytiharkan keadaan kecemasan kepada tempatan kerana keadaan kebakaran yang semakin teruk.

Anggota bomba dari seluruh negara datang ke Hastings untuk memadam kebakaran, yang telah memusnahkan sekurang-kurangnya satu rumah dan memaksa berpuluh-puluh orang lain untuk berpindah, majlis daerah itu berkata di media sosial.

Beberapa buah helikopter membantu memadamkan kebakaran hutan di Port Hills berhampiran Christchurch, New Zealand, kelmarin. NZDF telah ikut serta dalam memadam siri kebakaran hutan yang semakin berleluasa dan mengakibatkan seorang maut dan beberapa buah rumah musnah di sebelah timur Kepulauan Utara dan Selatan. – AP
Beberapa buah helikopter membantu memadamkan kebakaran hutan di Port Hills berhampiran Christchurch, New Zealand, kelmarin. NZDF telah ikut serta dalam memadam siri kebakaran hutan yang semakin berleluasa dan mengakibatkan seorang maut dan beberapa buah rumah musnah di sebelah timur Kepulauan Utara dan Selatan. – AP

NZDF hari ini telah menghantar sekurang-kurangnya 20 anggota bomba yang berpengalaman, yang disokong oleh peralatan pemadam api, untuk membantu menangani kebakaran belukar di Canterbury dan Teluk Hawke.

Lapan belas anggota bomba NZDF telah menggunakan hos ultra-tekanan tinggi, yang boleh menembusi tanah untuk memadamkan pembakaran akar pokok, di Hastings, Sarjan Ben Lockton berkata dalam satu kenyataan.

“Kami telah terlibat secara langsung dalam menangani kebakaran ini yang hanya kira-kira 20 hingga 50 meter daripadanya. Kami masih berada dalam keadaan berjaga-jaga,” kata Lockton. – Xinhua