NZF tidak akan kemukakan rayuan

NZF tidak akan kemukakan rayuan

WELLINGTON, New Zealand, 13 Nov (Agensi) – Bola Sepak New Zealand (NZF) tidak akan mengemukakan rayuan penyingkiran pasukan bawah 23 tahunnya daripada kelayakan Olimpik, kerana bimbang tindakan seumpama itu mungkin menjemput penelitian ke atas kelayakan para pemain lain.

New Zealand mara ke final kejohanan kelayakan Oceania pada Jun tetapi lawannya di peringkat separuh akhir Vanuatu mengemukakan bantahan bahawa pemain pertahanan kelahiran Afrika Selatan, Deklan Wynne tidak memenuhi kriteria kelayakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

NZF berkata hari ini ia mendapat nasihat perundangan mengenai rayuan kepada Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC), tetapi tidak akan meneruskannya.

ARTIKEL YANG SAMA