Nzonzi milik Sevilla

Nzonzi milik Sevilla

LONDON, 10 Julai (AFP) – Bekas midfield antarabangsa B-21 Perancis Steven Nzonzi melengkapkan perpindahan untuk menyertai juara bertahan Liga Europa Sevilla semalam dengan kelab Liga Perdana Inggeris beliau Stoke City dalam proses menerima rekod yutran 7 juta euro (AS$10.7 juta).

Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab Sepanyol yang termasuk 30 juta euro untuk pembelian klausa.

Rekod perpindahan Stoke sebelumnya adalah 4.5 juta pound dari pasukan Bundesliga Wolfsburg untuk Tuncay Sanli pada 2011.

“Kelab ingin merakamkan terima kasih kepada Steven dan menawarkan kepadanya harapan yang terbaik,” membaca kenyataan dari Stoke.

Pengurus Stoke, Mark Hughes berkata, mereka berusaha untuk memujuk Nzonzi supaya kekal, namun Sevilla dibenarkan berunding dengannya.

Nzonzi (kiri) semasa diperkenalkan di stadium Sancez Pizjuan di Sevilla semalam. – AFP
Nzonzi (kiri) semasa diperkenalkan di stadium Sancez Pizjuan di Sevilla semalam. – AFP

“Kami bekerja keras untuk memujuknya dengan memberi jaminan mengenai masa depannya di sini, tapi ia tidak mencukupi,” kata Hughes.

Penjualannya dilihat satu keuntungan buat Stoke selepas membelinya dengan harga hanya 3 juta pound tiga tahun lalu dari Blacburn Rovers.

Sejak itu Nzonzi, yang menyertai Rovers dari kelab Perancis, Amiens pada 2009 apabila mereka turun ke divisyen tiga Perancis, beraksi 120 kali bersama Stoke, namun meminta berpindah pada 2013 dan sekali lagi pada 2014 dan tahun lalu tiada siapa mempamerkan minat membelinya.

Selasa lalu, Barcelona mengumumkan sudah mengikat pemain antarabangsa Turki, Arda Turan daripada Atletico Madrid untuk tempoh lima tahun perjanjian, dengan nilai dianggarkan mencecah 41 juta euro.

Kelab itu dalam kenyataannya, berkata, Barca akan membuat pembayaran awal sebanyak 34 juta euro bersama bonus yang dijangka mencapai 7 juta euro.

Pemain Turki berusia 28 tahun itu sebelum ini menjadi nadi utama pasukan jurulatih Atletico, Diego Simeone sejak beberapa musim lalu selepas berpindah ke Sepanyol daripada kelab Galatasaray pada tahun 2011.

Selain itu, kenyataan itu turut menyebut, pembelian berkenaan adalah atas permintaan jurulatih Barcelona, Luis Enrique dalam usaha kelab itu memperkukuhkan barisan perancang susulan pemergian bintang lama mereka, Xavi Hernandez.

Ketibaan pemain ini ke Nou Camp begitupun ketika kelab itu dalam keadaan tidak menentu, berikutan pemilihan presiden baru Barcelona yang dijadualkan pada 18 Julai ini.

ARTIKEL YANG SAMA