Oak Hill hos Kejohanan PGA 2023

Oak Hill hos Kejohanan PGA 2023

NEW YORK, 10 Sept – Oak Hill Country Club di Rochester, New York, di mana Jason Dufner memenangi gelaran pertamanya, akan menghoskan Kejohanan PGA 2023, menurut PGA Amerika Syarikat semalam.

Ia akan menandakan kali keempat pertandingan utama kembali ke padang yang direka oleh Donald Ross dan yang pertama sejak Dufner, 36, memenangi dengan dua pukulan pada 2013.

Oak Hill bukanlah asing kepada acara-acara utama, setelah menghoskan Kejohanan PGA pada 1980 dan 2003 termasuk Piala Ryder pada 1995, di mana Eropah memenanginya dengan kebangkitan mengejutkan pada hari terakhir pertandingan.

“Keahlian Oak Hill dan komuniti Rochester selalu menganjurkan kejohanan utama,” kata Presiden PGA AS, Derek Sprague dalam satu kenyataan.

“Keinginan mereka bagi pertandingan dan semangat kolektif bagi layanan diiktiraf dalam lingkungan golf seluruh dunia sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan.”

Southern Hills Country Club di Tulsa, Oklahoma, adalah satu-satunya kemudahan untuk menghoskan empat Kejohanan PGA.

Kejohanan PGA pada tahun ini diadakan di Whistling Straits di Wisconsin di mana Jason Day dari Australia memenangi gelaran utama dengan rekod terendah 20 bawah 268.

Baltusrol di New Jersey (2016), Quail Hollow di North Caroliona (2017), Bellerive di Missouri (2018), Bethpage Black di New York (2019), TPC Harding Park di San Francisco (2020), Kiawah Island di South Carolina (2021) dan Trump National (2022) di New Jersey sudah diumumkan sebagai hos. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA