Obama adakan pertemuan dengan Trump di Rumah Putih

Obama adakan pertemuan dengan Trump di Rumah Putih

WASHINGTON, 10 Nov – Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik, Donald Trump mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama di Rumah Putih hari ini bagi rundingan peralihan kuasa selepas pilihan raya yang mengejutkan dunia.

Kemarahan ekoran kemenangan Trump melimpah di jalan raya bandar-bandar dari New York ke Los Angeles lewat semalam ketika para pembantah yang menjerit-jerit menyalakan api dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Dalam satu kes kepala patung Trump berwarna jingga juga dibakar.

Empat puluh lapan jam selepas kemenangan Trump, Obama akan mengadakan pertemuan dengan beliau di Oval Office bagi rundingan yang dikatakan pertemuan janggal ketika calon yang baru dilantik presiden itu menantikan perlantikannya pada 20 Januari.

Trump, 70 tahun, telah mempersoalkan sama ada Obama dilahirkan di AS – satu pendapat yang berbau perkauman dan ketua pemerintah Demokrat telah menyifatkan ahli perniagaan selebriti itu sebagai ‘uniknya tidak layak’ menjadi presiden.

Tetapi hari terakhir telah menyaksikan usaha untuk menyatukan negeri yang berbahagi itu selepas pertempuran kejam dua tahun bagi Rumah Putih yang pada ketikanya nampaknya lebih bersifat perkauman.

Presiden Barack Obama yang diiringi oleh Naib Presiden Joe Biden, berucap mengenai keputusan pilihan raya, kelmarin, di Rose Garden di Rumah Putih, Washington. – AP
Presiden Barack Obama yang diiringi oleh Naib Presiden Joe Biden, berucap mengenai keputusan pilihan raya, kelmarin, di Rose Garden di Rumah Putih, Washington. – AP

Saingan dari parti Demokrat, Hillary Clinton melawan balik kekecewaan perit kerana tidak berpeluang menjadi presiden wanita pertama Amerika, dengan menggesa rakyat Amerika supaya Trump diberi peluang, sekurang-kurangnya dari mula lagi.

“Kita berhutang pemikiran terbuka dan beri peluang untuk dia memimpin,” katanya dalam ucapan konsesi. Obama, yang berkata kepada kakitangannya di Rose Garden, Rumah Putih yang amat berduka cita, memandang ringan kemenangan luar biasa Trump, dengan menggambarkannya sebagai demokrasi.

“Kadangkala kita tewas dalam perdebatan,” kata beliau, dengan menambah kata bahawa semua rakyat Amerika kini ‘punca’ bagi kejayaan Trump. “Kita adalah rakyat Amerika dan patriot. Kita semua mahu apa yang terbaik bagi negara kita,” Obama berkata ketika kakitangannya menyapu air mata dan berfikir-fikir sama ada kerja keras lapan tahun pentadbiran beliau akan menjadi sia-sia. – AFP