Obama akan adakan pertemuan dengan Presiden Filipina

Obama akan adakan pertemuan dengan Presiden Filipina

WASHINGTON, 30 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan bertemu pemimpin kontroversi Filipina Rodrigo Duterte minggu depan, menurut Rumah Putih, walaupun kebimbangan mengenai perang jenayah telah meragut lebih 2,000 nyawa.

Sejak mengambil alih jawatan dua bulan lalu, Duterte telah mula melakukan sesuatu bagi menunaikan janji pilihan raya untuk membunuh puluhan ribu yang disyaki penjenayah.

Rumah Putih berkata Obama akan bertemu pemimpin di luar acara sidang kemuncak di Laos untuk menyuarakan keresahan atas pertumpahan darah dan kata-kata kesat Duterte.– AFP