Obama akan buat lawatan ke Cuba

Obama akan buat lawatan ke Cuba

WASHINGTON, 18 Feb (AFP) – Presiden Barack Obama hari ini akan mengumumkan tarikh-tarikh lawatan bersejarah ke Cuba dalam beberapa minggu akan datang, dalam tanda jelas hubungan kurang dingin antara bekas seteru Perang Dingin.

Itu bakal menjadi lawatan pertama ke Cuba oleh presiden AS yang masih dalam jawatannya sejak revolusi Cuba 1959. Pemimpin Amerika terakhir melawat pulau itu ketika masih dalam jawatannya ialah Calvin Coolidge pada tahun 1928.Ketika beliau hampir kepada penamatan penggalnya, Obama menjelaskan bahawa beliau ingin sekali melawat Cuba.

Beliau melihat penamatan dasar penyisihan AS selama lima dekad sebagai pencapaian tinggi dasar luar.

Obama juga berkata lawatan itu akan bergantung pada rejim komunis yang menyekat tindakan ke atas penentang politik.

“Pentadbiran akan mengumumkan perjalanan Presiden ke Amerika Latin, yang termasuklah Cuba dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” seorang pegawai AS memberitahu AFP yang merahsiakan identitinya.Kedua-dua negara telah memulihkan hubungan diplomatik pada Julai selepas pemulihan hubungan bersejarah antara Obama dan Presiden Cuba Raul Castro pada Disember lalu.

Presiden Barack Obama ketika ditemu bual di Rumah Putih, Washington. – AFP
Presiden Barack Obama ketika ditemu bual di Rumah Putih, Washington. – AFP

Sejak itu, pembukaan baru kecil dan bertambah perlahan-lahan dengan sekatan perdagangan AS ke atas pulau itu masih dikenakan lebih sedekad dengan sedikit prospek pemansuhan antara kedua-dua negara, yang mempunyai hubungan rapat keluarga.

Terdapat 1.8 juta orang berketurunan Amerika Cuba dan Cuba mempunyai penduduk seramai 11 juta orang.

Selasa lalu, AS dan Cuba telah menandatangani perjanjian yang membenarkan penerbangan komersial harian AS ke pulau itu buat pertama kali dalam tempoh lebih 50 tahun.Sekatan AS dikenakan selepas Fidel Castro mengambil alih pucuk pimpinan pada tahun 1959, yang mengorak langkah ke arah pentadbiran revolusi dan kemudian menyertai gabungan Soviet selama berdekad-dekad.

ARTIKEL YANG SAMA