Obama akan mencabar China dalam persidangan APEC

Obama akan mencabar China dalam persidangan APEC

MANILA, 15 Nov (AFP) – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dijangka mencabar China apabila pemimpin Asia-Pasifik berkumpul di Filipina pada minggu depan, membincangkan mengenai perbalahan wilayah dan melobi untuk menetapkan peraturan perdagangan pro-Amerika.

Presiden China Xi Jinping juga akan berada di Manila untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia pasifik (APEC), satu acara tahunan yang bertujuan menjalin kesepakatan mengenai perniagaan bebas di rantau itu. Namun mesyuarat pada tahun ini menghadapi risiko akan dibelenggu oleh pelbagai pergelutan kuasa AS-China, termasuk mengenai Laut China Selatan di mana pembinaan pulau China di perairan yang dipertikaikan telah menimbulkan kebimbangan di AS dan dengan sekutu Asia.

Ancaman keganasan global juga akan menjadi tajuk perbincangan selepas lelaki bersenjata membunuh lebih daripada 120 orang dalam beberapa siri serangan terancang di Paris pada Jumaat.

Pihak berkuasa Filipina telah pun melancarkan operasi keselamatan terbesar mereka untuk sidang kemuncak, yang akan mengumpul pemimpin dari 21 negara Lingkaran Pasifik pada Rabu dan Khamis, tetapi mereka berikrar selepas pembunuhan beramai-ramai Perancis untuk melakukan lebih banyak lagi.

Presiden Amerika ketika berucap pada persidangan G-20 di Turki. – AFP
Presiden Amerika ketika berucap pada persidangan G-20 di Turki. – AFP

Sementara China berkata ia mahu sidang kemuncak menumpu pada perdagangan sahaja, serangan Perancis dan tumpuan AS pada Laut China Selatan menunjukkan ia adalah tidak realistik, menurut Curtis S. Chin, bekas duta AS ke Bank Pembangunan Asia yang berpangkalan di Manila.

“Seseorang tidak dapat memisahkan ekonomi dan bukan ekonomi dalam dunia yang saling berkait hari ini,” beritahu Chin, rakan Asia Institut Milken, kumpulan pemikir bukan partisan, kepada AFP.

“Begitu juga dalam pertempuran menentang ISIS (kumpulan Negara Islam) yang disamakan dengan usaha mencari penyelesaian aman kepada perbalahan wilayah dengan China yang mengganggu perkembangan di Laut China Selatan.” China menegaskan ia mempunyai hak kedaulatan kepada hampir kesemua laut, malah perairan yang berdekatan dengan pantai negara jiran Asia.

Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih ke atas beberapa perairan, yang menjadi tempat tinggal kepada beberapa laluan perdagangan perkapalan paling penting di dunia.