Obama akan sertai Merkel pada pameran perdagangan 2016

Obama akan sertai Merkel pada pameran perdagangan 2016

WASHINGTON/HANOVER, 31 Dis (dpa) – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama merancang untuk bertemu Canselor Jerman, Angela Merkel pada April 2016 semasa pameran perdagangan utama di Hanover, Jerman.

Hannover Messe, yang digambarkan sebagai pameran perdagangan terbesar di dunia bagi teknologi industri, menjangkakan penyertaan daripada kira-kira 5,000 pempamer dari 70 buah negara dan 200,000 pengunjung dari seluruh dunia.

“Penyertaan presiden – yang pertama kali bagi presiden AS – menghadirkan peluang unik untuk mempamerkan inovasi dan kepandaian rakyat Amerika dan untuk menonjolkan Amerika Syarikat sebagai destinasi pelaburan utama,” menurut Rumah Putih kelmarin.

Obama dan Merkel dijangka akan membincangkan rundingan antara AS dan Kesatuan Eropah ke atas Rakan Kongsi Pelaburan dan Perdagangan Rentas Atlantik, yang boleh menempa zon perdagangan bebas terbesar di dunia.

Obama telah membuat empat kunjungan sebelumnya ke Jerman sejak menjawat jawatannya pada Januari 2009.

ARTIKEL YANG SAMA