Obama akhiri lawatan ke Greece

Obama akhiri lawatan ke Greece

ATHENS, 16 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini mengakhiri lawatan ke Greece bagi siri lawatan terakhirnya ke Eropah dengan melawat ke Acropolis bersama dengan ucapan yang dinanti-nantikan mengenai demokrasi sebelum menuju ke Berlin.

Dengan bersahaja memakai jaket hitam, seluar berwarna krim dan cermin mata hitam, Obama, yang tiba kelmarin itu dilihat melawat ibu negara Yunani, kubu kota berusia 2500 tahun, tapak arkeologi ikonik di negara itu.

Dalam lawatan terakhirnya ke Eropah sebagai presiden, Obama telah memilih Greece, sebagai tempat untuk menyampaikan ucapan bagi menangani ketidaktentuan yang telah membawa kepada kebangkitan populis seperti Donald Trump.

Presiden Barack Obama (tengah) berada di hadapan Propylaea semasa lawatan beliau ke Acropolis di Athens, Greece, kelmarin. – AFP
Presiden Barack Obama (tengah) berada di hadapan Propylaea semasa lawatan beliau ke Acropolis di Athens, Greece, kelmarin. – AFP

Dalam ucapannya, beliau akan menyentuh mengenai satu topik – “kekecewaan dan kemarahan” daripada pengundi yang merasakan ia telah ditinggalkan kebelakang oleh globalisasi yang pesat membangun.

Presiden ke-44 itu berminat untuk menenangkan sekutu Eropah atas kebimbangan mengenai prospek Trump yang akan mengambil tampuk kuasa besar utama dunia berikutan kemenangan pilihan raya mengejut itu. – AFP