Obama akhiri percutian di Martha’s Vineyard

Obama akhiri percutian di Martha’s Vineyard

WASHINGTON, 22 Ogos – Presiden Barack Obama menamatkan percutian terakhir di musim panas ke Martha’s Vineyard semalam, dengan bersiap sedia bagi beberapa bulan terakhir yang sibuk di Rumah Putih.

Presiden telah menghabiskan waktu pagi dengan pusingan terakhir percutian golf di bawah langit cerah sebelum berjalan-jalan dalam iringan kereta bersama wanita pertama Michelle Obama dan anak-anak perempuan mereka, Sasha dan Malia.

Keluarga Obama ini yang telah membuat perjalanan dengan menaiki pesawat udara presiden Air Foce One, telah kembali ke Washington lewat semalam, mendarat di Pangkalan Pangkalan Tentera Udara Andrews di Maryland sekitar pukul 8 malam dan kemudian menaiki helikopter bagi penerbangan singkat melalui Marine yang akan membawa beliau kembali ke Rumah Putih dalam tempoh beberapa minit.

Keluarga pertama itu hanya menikmati percutian musim panas selama lebih dua minggu di rumah percutian musim panas mereka di tempat perehatan popular Massachusetts, sebuah pulau yang terletak di selatan Cape Cod.

Musim panas ini mungkin terakhir percutian keluarga Obama dengan rombongan besar, media, perlindungan perkhidmatan rahsia, penolong-penolong, penonton-penonton dan konco-konco.

Obama dan Michelle bersama anak perempuan mereka, Malia dan Sasha berjalan menuju pesawat Air Force One di Pangkalan Udara Tentera Cape Cod di Massachusetts semalam sebelum berlepas ke Washington selepas bercuti dua minggu di Martha, Vineyard. – AFP
Obama dan Michelle bersama anak perempuan mereka, Malia dan Sasha berjalan menuju pesawat Air Force One di Pangkalan Udara Tentera Cape Cod di Massachusetts semalam sebelum berlepas ke Washington selepas bercuti dua minggu di Martha, Vineyard. – AFP

Ketika tempoh ini pada tahun hadapan – kecuali keadaan yang tidak diduga – sama ada Hillary Clinton atau Donald Trump akan berada di Rumah Putih dan sam-pingan dalam percutian yang kini mengiringi Obama akan mengikut Trump atau Clinton pula.

Selepas percutian santai dengan menghabiskan masa bermain golf, pergi ke pantai dan menghabiskan dengan membaca buku, presiden kembali kepada senarai tugas yang harus dilakukan yang termasuklah mengawasi pemulihan banjir, menangani virus Zika dan memberi perangsang kepada calon presiden Demokrat Hillary Clinton.

Obama dijadualkan pergi ke Baton Rouge, Louisiana esok untuk meninjau kerosakan dari banjir yang memusnah di rantau itu.

Sebilangan pihak di negeri itu kesal keputusan presiden itu yang tidak meninggalkan percutian untuk bertemu dengan para pegawai dan para mangsa banjir sebelumnya. – AFP