Obama anggap Raja Thai ‘rakan rapat’

Obama anggap Raja Thai ‘rakan rapat’

PITTSBURGH, 14 Okt – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengutus ucapan takziah semalam kepada Thailand ekoran kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej, dengan menyifatkan Baginda ‘rakan rapat’ dan rakan AS.

Obama memberi penghormatan kepada Baginda, yang mangkat semalam pada usia 88 tahun, sebagai ‘pejuang yang tidak mengenal penat’ demi pembangunan Thailand, dengan memuji ‘tumpuan Baginda yang tidak pernah berkurang’ demi memperbaiki tahap kehidupan rakyat Baginda.

Kata-kata mesra Obama untuk Baginda tidak memperlihatkan hubungan rumit dengan Thailand kebelakangan ini.

Dua rampasan kuasa tentera dalam penggantian pantas telah menjejaskan hubungan dengan Bangkok, sekutu perjanjian dan penjana serantau yang hubungannya dengan Washington sejak lebih 180 tahun.

AS tidak mampu menggesa para jeneral supaya mengembalikan pilihan raya atau mengurangkan kawalan ke atas para penentang. Namun Raja yang amat dikasihi adalah tahap luar biasa rakyat jelata dalam masyarakat yang begitu berpecah belah di Thailand.

Anggota komuniti ekspatriat Thailand memberi penghormatan terakhir ke atas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej di Kuil Wat Thai di North Hollywood, California pada 13 Oktober. – AFP
Anggota komuniti ekspatriat Thailand memberi penghormatan terakhir ke atas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej di Kuil Wat Thai di North Hollywood, California pada 13 Oktober. – AFP

“Baginda raja adalah rakan rapat AS dan rakan berharga ramai presiden AS,” kata Obama.

“Saya mendapat penghormatan untuk mengadakan pertemuan dengan Baginda Raja ketika lawatan saya ke Thailand pada tahun 2012 dan mengenang semula kemesraan dan kelembutan baginda dan juga kasih sayang mendalam Baginda bagi rakyat Thailand.

“Dengan semangat kreatif dan usaha bagi pembaharuan, Baginda mempelopori teknologi baru yang telah meraih perakuan sah seluruh dunia,” kata Obama lagi.

“Baginda Raja meninggalkan warisan keprihatinan bagi rakyat Thailand yang akan dihargai oleh generasi-generasi akan datang.”

Calon presiden Demokratik, Hillary Clinton juga mengutus ‘ucapan takziah’ bersama-sama suaminya, bekas presiden Bill Clinton.

Raja Bhumibol adalah ‘pemimpin rakyat sebenar’ yang bertindak dengan bijaksana, kemantapan, rendah hati dan keprihatinan sebenar demi kebajikan semua rakyat,” mereka menulis dalam satu kenyataan. “Hari ini dunia kita perlukan lebih banyak pemimpin seperti Baginda.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA