Obama bayangi sidang G7 di Hiroshima

Obama bayangi sidang G7 di Hiroshima

TOKYO, 24 Mei (AFP) – Ekonomi sejagat yang suram seharusnya menjadi tumpuan ketika para pemimpin dunia berhimpun di Jepun minggu ini, tetapi kemungkinan tanpa perjanjian berhubung mewujudkan pertumbuhan, lawatan Barack Obama ke bandar bom atom, Hiroshima bakal menjadi perhatian.

Perhimpunan ketika kelembapan China, harga minyak yang lemah dan Britain bakal keluar dari Kesatuan Eropah akan menjadi latar belakang bagi mesyuarat Kumpulan G7 itu.

Menanti negara-negara kaya ialah rungutan biasa tentang masalah: pengganasan pejuang Islam, negara-negara Timur Tengah yang hancur dan krisis orang pelarian Eropah.

Setiap anggota G7 akan membawa isu mereka sendiri dan penyelesaian mereka sendiri kepada perhimpunan di Ise-Shima, 300 kilometer barat daya Tokyo.

Namun perbezaan tentang bagaimana bernafas baru ke dalam ekonomi dunia, sama ada untuk menambah perbelanjaan, seperti yang disokong oleh negara tuan rumah, Jepun atau mengikut panduan Jerman dan mengurangkan hutang – bermaksud respons bersatu tidak mungkin muncul.

Seorang wanita kelihatan berhampiran logo sidang kemuncak G7 di Hiroshima. – AFP
Seorang wanita kelihatan berhampiran logo sidang kemuncak G7 di Hiroshima. – AFP

“Realiti ialah ekonomi sejagat adalah lemah, tidak pasti dan tidak seimbang,” kata Matthew Goodman, penasihat kanan bagi ekonomi Asia di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa.

“Dan isu utama mereka ialah bagaimana meneruskan perkembangan.”

Mesyuarat pada hujung minggu pra ketua bank pusat dan kewangan G7 di Jepun hanya boleh menyetujui bahawa negara-negara individu seharusnya bertindak dalam kepentingan terbaik sendiri, menekankan kesukaran yang mereka hadapan dalam mewujudkan kesepakatan dasar.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, hos sidang mesyuarat, dalam kepayahan memulakan ekonomi beliau sendiri selepas lebih tiga tahun beliau dalam jawatannya.

Di sebalik alat dasar tidak konvensional, yang termasuklah kadar faedah yang dikurangkan dan negatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang juga dicuba oleh Bank Pusat Eropah.

Abe berhubung dengan rakan-rakan di Eropah supaya bersama-sama menambah perbelanjaan fiskal sebagai cara untuk meningkatkan pertumbuhan tetapi mendapat sambutan dingin dari Jerman dan Britain yang memihak kepada penjimatan.