Obama bentang langkah baharu kawal senjata api

Obama bentang langkah baharu kawal senjata api

WASHINGTON, 4 Jan ( Reuters) –Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu Peguam Negara, Loretta Lynch hari ini bagi membincangkan cadangan terbaharu beliau untuk mengurangkan keganasan berkaitan senjata api tanpa melalui Kongres yang dikawal Republikan.

Walaupun kongres tidak menyokong perubahan perundangan berkenaan, Obama akan membentangkan langkah kawalan senjata api baharu itu kepada rakyat Amerika secara langsung minggu ini.

Setakat ini Rumah Putih belum menyatakan rancangannya secara khusus, namun ia dijangka merangkumi langkah yang akan memerlukan lebih ramai penjual senjata untuk menjadi pengedar berlesen dan memeriksa latar belakang pembeli.

Barack Obama. – Reuters
Barack Obama. – Reuters

Obama melancarkan kempen mengetatkan undang-undang senjata api Amerika selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah di Newtown, Connecticut pada 2012.

Namun gesaan itu terhenti di Kongres.