Obama berang, anggap penembakan ‘sia-sia’

Obama berang, anggap penembakan ‘sia-sia’

WASHINGTON/BEVERLY HILLS, Calif, 19 Jun (Reuters) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam melahirkan kemarahan ekoran kejadian penembakan “sia-sia” di sebuah gereja kulit hitam di Selatan Carolina dan berkata rakyat Amerika mesti menghadapi hakikat bahawa kekerapan kejadian keganasan senjata tidak berlaku di negara-negara maju yang lain.

Obama berkata beliau dan isterinya Michelle mengenali Reverend Clementa Pinckney, paderi gereja Afrika-Amerika bersejarah di Charleston, yang terbunuh bersama-sama lapan orang lagi pada malam Rabu lalu.

“Cuba fahami: pada beberapa tahap kita sebagai sebuah negara akan terpaksa mengambil kira hakikat bahawa jenis keganasan besar ini tidak berlaku di negara-negara maju yang lain,” Obama memberitahu para wartawan dalam satu kenyataan di Rumah Putih.

Kemudian, beliau memberitahu para penderma di majlis kutipan dana parti Demokratik di kediaman aktor Tyler Perry yang berketurunan Afrika-Amerika, bahawa penembakan adalah “peringatan bahawa banyak usaha yang perlu kita laksanakan.”

“Jika anda tidak berpuas hati bahawa setiap beberapa bulan berlaku kejadian penembakan beramai-ramai di negara ini yang membunuh mereka yang tidak bersalah, kemudian saya berpendapat kita harus bersiap sedia,” Obama berkata, sambil menggesa orang ramai memilih calon yang mendesak bagi perubahan.

Obama telah terpaksa memainkan peranan ketua penenang selepas kejadian penembakan yang berulang kali berlaku sepanjang tempoh beliau menjadi presiden. Ekoran penembakan di sebuah sekolah pada tahun 2012 di Newtown, Connecticut, presiden telah melancarkan desakan kawalan agresif senjata, tetapi sebahagian besar usaha beliau telah gagal dalam Kongres.

Perlembagaan Amerika Syarikat melindungi hak rakyat Amerika untuk memiliki senjata, tetapi percanggahan berhubung keluasan hak-hak itu kerap mengikut bersama politik.

“Ia dalam kuasa kita untuk melakukan sesuatu tentangnya. Saya katakan bahawa mengiktiraf politik di bandar ini menutup banyak laluan itu buat masa sekarang ini,” beliau memberitahu para wartawan.

Obama tidak mungkin melancarkan satu lagi desakan bagi perundangan kawalan senjata dengan tempoh jawatan presiden beliau hanya tinggal satu tahun setengah dan kempen presiden akan datang telah pun rancak dijalankan.

Pada majlis pengutipan dana itu di Los Angeles, kira-kira 250 orang telah membayar AS$2,500 hingga AS$33,400 kepada Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik untuk mendengar Obama berucap.