Obama beri penghormatan

Obama beri penghormatan

BUENOS AIRES, 25 Mac (AFP) – Presiden Barack Obama semalam memberikan penghormatan kepada para mangsa bekas kepimpinan diktator Argentina yang disokong AS, dengan mengakui AS “lambat untuk bersuara bagi hak asasi kemanusiaan,” pada hari-hari suram itu.

Obama menjadi presiden AS untuk secara rasmi mengiktiraf mangsa-mangsa rejim tentera 1976-1983, yang mana dokumen yang telah diubah status telah mendedahkan ia disokong oleh para pegawai tertinggi AS.

“Timbul kontroversi tentang dasar-dasar awal AS dalam hari-hari suram itu, dan AS, apabila ia membayangkan apa yang telah berlaku di sini, perlu meneliti dasar-dasarnya sendiri juga dan masa lalunya sendiri,” kata Obama lagi.

Beliau berkata di Remembrance Park, monumen di Buenos Aires untuk 30,000 orang yang terbunuh atau hilang di bawah kepimpinan diktator. Beliau memberi penghormatan kepada keluarga-keluarga mangsa.

“Demokrasi perlu berani untuk mengakui apabila kita tidak mengikut prinsip yang kita pegang; apabila kami lambat untuk bersuara untuk hak asasi kemanusiaan. Dan itu adalah kejadiannya di sini.”

Obama melambai dari Air Force One selepas kembali dari Cuba dan Argentina di Joint Base Andres di Maryland pada 25 Mac. – Reuters
Obama melambai dari Air Force One selepas kembali dari Cuba dan Argentina di Joint Base Andres di Maryland pada 25 Mac. – Reuters

Berpuluh-puluh ribu orang menyertai tunjuk perasaan bising kemudian di Buenos Aires untuk memperingati tahun ke-40 rampasan kuasa yang disokong AS yang membolehkan para diktator untuk berkuasa.

Mereka berbaris mengikut pukulan dram, dengan membawa gambar para mangsa. Perbarisan serupa diadakan di bandar-bandar di seluruh negara.

Beberapa kumpulan hak asasi merungut Obama belum berusaha sebaiknya.

Selepas majlis penghormatan, Obama dan isterinya Michelle, ibunya dan dua anak pasangan tersebut terbang ke resort Bariloche, Andean, di mana mereka mendaki dan menaiki bot di taman negara.

Awal hari ini, Obama meninggalkan Argentia dan kembali pulang ke Washington.