Obama berlepas ke Arab Saudi berhubung 9/11

Obama berlepas ke Arab Saudi berhubung 9/11

WASHINGTON, 19 April (AFP) – Presiden AS Barack Obama berlepas ke Arab Saudi hari ini di tengah ketegangan berhubung perundangan kongres yang akan berpotensi membolehkan kerajaan diraja itu disaman di mahkamah-mahkamah Amerika berhubung serangan 11 September 2001.

Rang undang-undang dwi parti itu belum memasuki Senat, tetapi telah pun mencetuskan keberangan di Riyadh dan mengancam akan seterusnya meracuni hubungan yang telah pun tegang antara Washington dan sekutu Teluk lamanya.

Rumah Putih terdesak mencepatkan Akta Keadilan Terhadap Penaja-Penaja Pengganasan, yang akan membolehkan keluarga-keluarga mereka yang terkorban dalam serangan 11 September untuk menyaman kerajaan Saudi.Apabila ditanya semalam tentang rang undang-undang itu ketika temu bual dengan CBS News, Obama berkata ‘betul-betul saya membantah.”

Rang undang-undang itu akan terutamanya mengetepikan doktrin kekebalan pemerintahan untuk mengatakan ‘jika pada dasarnya kamu membiayai dan menaja serangan pengganas di bumi Amerika kamu boleh bertanggung jawab bagi ganti rugi,” kata penaung utama bersama rang undang-undang itu, Senator John Cornyn, ahli Republikan nombor dua dewan itu.

Lima belas orang dari 19 perampas dalam serangan 11 September adalah warganegara Saudi.Tetapi tidak ada persubahatan Saudi dalam serangan al-Qaeda dibuktikan dan negara beraja itu tidak pernah secara rasmi dibabitkan.Arab Saudi dilaporkan memberi amaran ia boleh menjual beratus-ratus bilion dolar dalam aset-aset Amerika jika Kongres meluluskan langkah itu.

New York Times Sabtu lalu melaporkan bahawa Menteri Luar Saudi Adel al-Jubeir memberitahu para ahli undangan di Washington bahawa negara beraja itu akan terpaksa menjual sehingga AS$750 bilion dalam sekuriti perbendaharaan dan aset-aset lain di AS untuk mengelaknya dari dibekukan oleh mahkamah AS.

Rumah Putih berkata semalam Obama akan memveto langkah itu.