Obama bertemu Putera Arab Saudi

Obama bertemu Putera Arab Saudi

WASHINGTON, 17 Jun (AFP) – Presiden AS Barack Obama akan menerima kunjungan putera Arab Saudi Mohammed Bin Salman di Rumah Putih hari ini, yang menekankan kepopularan tetamu beliau dan peranan semakin penting dalam hubungan AS-Saudi yang tegang.

Jurucakap Rumah Putih Eric Schultz berkata Obama akan mengadakan pertemuan dengan timbalan putera mahkota berusia 30 tahun itu yang menjadi penjana pembaharuan ekonomi dan aktivis dasar luar Saudi.

Putera kepada Raja Salman ini yang menjadi menteri pertahanan di negara beliau telah menemui mereka yang berpengaruh di Washington ketika lawatan seminggunya.

Beliau telah mengadakan rundingan dengan pengarah CIA, setiausaha negara, pertahanan dan bendahari, dan juga anggota tertinggi Kongres.

Rumah Putih berkata pertemuan Putera Mohammed dengan Obama akan diadakan di Pejabat Oval – penghormatan luar biasa bagi bukan ketua negara, yang mana penghormatan itu telah diberikan kepada Dalai Lama awal minggu ini.

Kurang pasti tentang usaha dalaman House of Saud, tetapi profil terbuka putera telah membuatkan ramai pihak membuat spekulasi bahawa beliau mungkin adalah putera yang akan menaiki takhta, dan bukannya Putera Mahkota Mohammed bin Nayef.

“Beliau berada pada barisan ketiga dalam hierarki, tetapi pada hakikatnya beliau nombor satu,” kata Simon Hendersen dari Institusi Washington, sebuah kumpulan pemikir yang menumpu pada Timur Tengah.

“Raja lebih suka puteranya dan mahu puteranya menjadi raja,” kata Henderson.

Bagi Rumah Putih, Mohammed bin Salman kurang dikenali, manakala Mohammed bin Nayef – selaku menteri dalam negeri – yang menangani usaha cegah pengganasan selama bertahun-tahun.