Obama bidas cadangan Trump

Obama bidas cadangan Trump

WASHINGTON, 15 Jun (AFP)  Presiden Barack Obama semalam menyerang Donald Trump dan Parti Republikan kerana ‘kata-kata yang tidak serius’ dan retorik anti Islam, dengan memberi amaran bahawa mesej pilihan rayanya mereka yang populis adalah berbahaya dan tidak Amerika.

Membidas ‘ahli-ahli politik yang membuat pernyataan di Twitter dan muncul dalam rancangan berita,” Obama yang berang berkata bunyi kata-kata sayap kanan yang hebat dan juga ‘celoteh’ telah mengundang kemarahan tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mencegah pengganasan.

Pembunuhan 49 orang di sebuah kelab malam gay di Orlando – menyifatkan dirinya sebagai penyokong Kumpulan IS – telah mencurah minyak ke atas perdebatan tahun pilihan raya yang sudah pun panas berhubung senjata, pengganasan, seks dan kepercayaan. Serangan berdarah itu mengakibatkan Trump mengulangi cadangan berkontroversinya untuk menegah semua orang Islam dari memasuki AS dengan alasan cegah pengganasan. Obama membantah rancangan Trump.

“Di mana ini akan berhenti?” Obama menuntut, dengan memperlihatkan watak terbuka beliau untuk menyelar ‘bahasa yang memilih penghijrah dan mengatakan seluruh masyarakat agama bersubahat dalam keganasan.”

Obama ketika bercakap kepada ahli-ahli Kongres Rumah Putih di South Lawn di Washington, DC, semalam. Obama menyelar dan membantah cadangan Trumph daripada menegah orang Islam untuk memasuki AS. – AFP
Obama ketika bercakap kepada ahli-ahli Kongres Rumah Putih di South Lawn di Washington, DC, semalam. Obama menyelar dan membantah cadangan Trumph daripada menegah orang Islam untuk memasuki AS. – AFP

“Adakah kita akan mula melayani semua rakyat Amerika beragama Islam dengan berbeza? Adakah kita akan mula mensasarkan mereka kepada pengawasan khas? Adakah kita akan mula menindas mereka kerana kepercayaan mereka?”

“Kita mula melihat di mana jenis retorik ini dan kata-kata tidak serius dan kecuaian tentang siapa sebenarnya yang kita perangi, di mana ia akan membawa kita.”

Mesej Obama diulangi oleh bakal penggantinya, Hillary Clinton, orang yang diandaikan calon Demokratik bagi pilihan raya presiden. Kedua-dua mereka dijadualkan berkempen bersama-sama hari ini, tetapi ditanggungkan ekoran penembakan di Orlando.