Obama buat jenaka terakhir

Obama buat jenaka terakhir

WASHINGTON, 1 Mei (AFP) – Presiden Barack Obama membuat jenaka dan memberikan hiburan kepada pesaingnya kelmarin dalam kemunculan terakhirnya sebagai pemimpin AS dalam majlis makan malam Persatuan Koresponden Rumah Putih, yang mengakhiri hujahnya dengan menjatuhkan mikrofon dan mengatakan “Obama keluar.”

Majlis tali leher hitam itu, di mana presiden, diikuti pelawak, wartawan-wartawan dan tetamu selebriti mereka dengan lawak dalaman mengenai kerajaan dan media merupakan acara tahunan yang diadakan di Washington.

Obama mengenakan jenaka terhadap dirinya sendiri, calon-calon pihak Demokratik dan Republikan dan pihak wartawan. Dalam kata-kata serius pula dia memuji bekas koresponden Washington Post, Jason Rezaian, yang telah dibebaskan dalam bulan Oktober setelah 18 bulan di penjara Iran.

Obama mengejek mengenai bagaimana dia sudah tua dalam kerjanya itu dan bagaimana dalam tahun terakhirnya rating kelulusannya telah meningkat. “Kali terakhir saya menerima setinggi ini, Saya cuba untuk membuat keputusan terhadap pengkhususan saya,” ujar Obama, satu rujukan terhadap pasu rokok di kolej.

Bagaimanapun, Donald Trump, peneraju calon Republikan 2016 yang juga tetamu kerap acara, tidak hadir pada acara itu.

Barack Obama ketika berucap pada majlis itu. – AP
Barack Obama ketika berucap pada majlis itu. – AP

Bagaimanapun, bilionair Republikan bekas datuk bandar New York, Michael Bloomberg, yang membawa penonton berfikir dengan idea untuk memasuki pencalonan presiden, berada pada acara itu.

Trump adalah sasaran beberapa suntikan tajam pada makan malam 2011, dan berkata dia tidak akan menghadiri acara itu tahun ini, mencadangkan bahawa pihak media akan membuat laporan tidak betul terhadap emosinya.

Namun calon presiden Demokratik Bernie Sanders menghadiri acara itu.

“Bernie, awak kelihatan seperti wang jutaan dolar. Atau, untuk lebih jelas supaya awak faham, awak kelihatan seperti 37,000 derma AS$27 setiap satu,” ujar Obama, merujuk kepada kebanjiran sumbangan kecil terhadap kempen pemberontakan Sander.

“Saya terguris hati Bernie, di mana awak telah menjauhkan diri daripada saya. Itu bukan sesuatu yang anda lakukan terhadap rakanmu.”