‘Obama bun cha’ jadi terkenal

‘Obama bun cha’ jadi terkenal

HANOI, 23 Sept – Empat bulan selepas Presiden AS Barack Obama menghenyakkan dirinya di bangku plastik di Bun Cha Huong Lien untuk menikmati hidangan di salah sebuah restoran di Hanoi, di mana restoran itu meraih keuntungan dari pelanggan yang ingin merasa apa yang menjadi kehebohan itu.

Sebelumnya makanan utama dalam kalangan kebanyakan pelanggan tempatan, warga asing yang lapar kini datang beramai-ramai ke restoran itu yang digelar “Obama bun cha” bagi makanan asas Hanoi.

“Orang datang ke sini kerana mereka ingin tahu tentang mengapa Obama memilih restoran saya,” kata pemiliknya, Nguyen Thi Lien, yang telah menjalankan restoran itu selama 23 tahun. – AFP

Gambar fail pada 12 September 2016 menunjukkan seorang penjual buah-buahan berdiri di hadapan restoran Bun Cha Huong Lien di Hanoi. – AFP
Gambar fail pada 12 September 2016 menunjukkan seorang penjual buah-buahan berdiri di hadapan restoran Bun Cha Huong Lien di Hanoi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA