Obama cadang peraturan bayaran lebih masa

Obama cadang peraturan bayaran lebih masa

WASHINGTON, 3 Julai (dpa) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam melancarkan satu cadangan peraturan lebih masa yang dikatakannya akan menambah gaji untuk lima juta pekerja.

Peraturan itu mewajibkan sesetengah pekerja yang dibayar gaji tetap dan bukannya gaji setiap jam menerima wang tambahan jika mereka bekerja lebih masa.

Obama menggesa pembaharuan tersebut ketika satu rapat di La Crosse, Wisconsin.

“Jika anda bekerja lebih lama, dan anda bekerja lebih keras, anda harus dibayar,” kata Obama.

Cadangan Obama akan menambah nilai kerja lebih masa sekarang daripada AS$23,660 kepada AS$50,400 dalam gaji tahunan.

Mempertingkat gaji dan keadaan kerja pekerja “telah menjadi tumpuan agenda domestik presiden sejak hari pertama beliau menjadi presiden,” kata jurucakap Josh Earnest mengenai kenaikan gaji pekerja.

Pada rapat Wisconsin, Obama berkata laporan pekerjaan bulanan Jabatan Pekerja, yang menunjukkan kadar pengangguran pada tahap rendah tujuh tahun sebanyak 5.3 peratus.

“Ia adalah bagus, tetapi kami mempunyai lebih banyak kerja untuk dilakukan disebabkan kami perlu terus menambah gaji dan pendapatan pekerja,” kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA