Obama dijangka berada di Britain pada April

Obama dijangka berada di Britain pada April

LONDON, 13 Mac (AFP) – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan mengunjungi Britain bulan depan dan mendebatkan UK untuk kekal dalam Kesatuan Eropah, lapor akhbar Britain hari ini.

Lawatan itu akan diadakan pada penghujung April, kira-kira dua bulan sebelum referendum 23 Jun yang mana Britain akan memutuskan sama ada untuk keluar atau kekal dalam blok 28 negara, menurut The Independent hari ini.

Seorang jurucakap bagi pejabat Downing Street Perdana Menteri David Cameron enggan untuk memberi komen atas laporan itu, menggelarnya ‘spekulasi’.

Obama menuju ke Jerman pada lewat April untuk berundingan mengenai perdagangan dengan Canselor Angela Merkel dan mempromosi pengeksportan AS di pesta Hanover, yang dikatakan menjadi industri teknologi terbesar di dunia, yang berlangsung antara 25 dan 29 April.

Cameron lebih suka mengekalkan Britain dalam EU, berikutan rundingan semula hubungan UK bersama Brussels.