Obama gesa Beijing ambil perhatian isu Laut China Selatan

Obama gesa Beijing ambil perhatian isu Laut China Selatan

VIENTIANE, 8 Sept – Presiden AS Barack Obama mengingatkan Beijing hari ini ia tidak boleh tidak mempeduli keputusan tribunal yang menolak tuntutannya ke atas Laut China Selatan, mendorong ketegangan meningkat dalam perbalahan wilayah yang mengancam keselamatan serantau.

Perbalahan itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai konfrontasi tentera di antara kuasa besar dunia, dengan China bertekad untuk memperkukuh kawalan ke atas perairan penting itu, meskipun keputusan pada Julai bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas perundangan.

“Keputusan penimbang taraan pada Julai, membantu menjelaskan hak ke atas laut di rantau,” beritahu Obama kepada pemimpin-pemimpin Asia Tenggara pada sidang kemuncak di Laos.

“Saya menyedari ia menambah ketegangan tetapi saya juga tidak sabar-sabar untuk membincang bagaimana kami boleh bergerak ke depan bersama secara positif untuk mengurangkan ketegangan dan mempromosi diplomasi dan kestabilan.”

Keputusan oleh sebuah tribunal antarabangsa di The Hague berkata tuntutan China ke atas kebanyakan perairan – di mana perniagaan perkapalan global berjumlah AS$5 trilion melaluinya setiap tahun – tidak mempunyai asas perundangan.

LAOS-ASEAN-SUMMIT

Ia juga berkata satu siri aktiviti pembinaan pulau tiruan yang dilakukan oleh China dalam beberapa tahun ini dalam usaha untuk merangsang tuntutannya adalah tidak sah.

China berikrar tidak mempedulikan keputusan, menggambarkannya sebagai ‘kertas sia-sia,’ walaupun ia mempunyai kuasa sah menerusi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut.

Penekanan Obama mengenai keputusan yang ‘terikat’ sudah pastinya menarik reaksi lantang daripada China, yang telah mempertikaikan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai peranan dalam perbalahan tersebut.

Pihak menuntut lain di laut berkenaan adalah Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei – sebahagian daripada mesyuarat blok 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Laos – serta Taiwan.

Perdana Menteri China Li Keqiang juga berada di Laos pada minggu ini, dengan ASEAN menganjur beberapa siri mesyuarat serantau, dan akan bertemu dengan Obama pada lewat hari ini pada sidang kemuncak Asia Tumur yang terdiri daripada 18 negara. – AFP