Obama gesa Rusia untuk hentikan pengeboman

Obama gesa Rusia untuk hentikan pengeboman

BEIRUT/RANCHO MIRAGE, California, 15 Feb – Presiden AS, Barack Obama semalam menggesa Rusia menghentikan pengeboman terhadap pemberontak ‘sederhana’ di Syria dalam membantu sekutunya, Presiden Bashar al-Assad, kempen yang dilihat di Barat sebagai halangan besar terhadap usaha terbaru bagi menamatkan peperangan.

Kuasa-kuasa besar pada Jumaat lalu bersetuju untuk mengehadkan penghentian permusuhan di Syria tetapi persetujuan itu tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir minggu ini dan tidak ditandatangani oleh mana-mana pihak berperang kerajaan Damsyik dan kumpulan pemberontak yang menentangnya.

Serangan pengeboman Rusia diarahkan kepada kumpulan-kumpulan pemberontak yang membantu tentera Syria untuk mencapai apa yang dilihat kemenangan terbesar peperangan bagi Aleppo, bandar terbesar negara itu dan pusat komersial sebelum konflik itu.

Terdapat sedikit optimisme bahawa persetujuan itu dicapai di Munich akan melakukan banyak usaha bagi menamatkan peperangan yang berlanjutan lima tahun dan meragut 250,000 jiwa.

Kremlin berkata presiden Vladimir Putin dan Obama telah bercakap menerusi telefon dan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam melaksanakan persetujuan Munich.

Tetapi kenyataan Kremlin menjelaskan Rusia komited kepada kempennya menentang Islamic State (IS) dan ‘pertubuhan-pertubuhan pengganas lain’, petanda bahawa ia juga

menyasarkan kumpulan-kumpulan di barat Syria di mana pengikut kumpulan berani mati seperti al Qaeda menentang Assad dalam hubungan kepada pemberontak yang dilihat sederhana oleh Barat.

Rusia berkata ‘penghentian’ itu tidak dikuatkasakan kepada serangan udaranya, yang mana meletakkan keseimbangan kuasa terhadap Assad. Ia berkata Islamic State (IS) dan gabungan ‘al Qaeda Nusra Front’ adalah sasaran utama kempen udara.

Tetapi negara-negara Barat berkata Rusia pada faktanya menyasarkan kumpulan pemberontak lain, termasuk sebahagian yang mereka sokong.

Rumah Putih berkata perbincangan Obama bersama Putin menekakan perlu bagi bantuan kemanusiaan segera ke Syria dan menamatkan serangan udara.

‘Presiden Obama menekankan kepentingan itu sekarang terhadap Rusia yang memainkan peranan membina dengan menamatkan kempen udaranya ke atas tentera pembangkang sederhana di Syria,’ kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. – Reuters