Obama hantar 250 tentera ke Syria

Obama hantar 250 tentera ke Syria

HANOVER, Jerman, 25 April – Barack Obama akan menetapkan wawasan hubungan dengan Eropah dengan ucapan di bandar utara Jerman, Hanover hari ini, dalam usaha membentuk hubungan yang sukar sepanjang beliau menjadi presiden.

Dengan bakal berakhirnya pentadbiran beliau, Obama akan menekankan isu-isu yang telah ditangani bersama oleh Eropah dan Amerika, dari Syria hinggalah ke perdagangan, Iraq hinggalah ke perubahan iklim. Permulaan beliau sebagai presiden, Eropah seronok dengan pendekatan kurang rumit kepada dasar luar yang mereka alami di bawah presiden sebelum beliau, George Bush.

Sejak itu bintang Obama telah malap, tetapi para penolong melihat ucapan itu sebagai peluang untuk membayangkan ucapan beliau di Berlin, apabila ketika beliau masih calon presiden, beliau menyifatkan perlunya perkongsian mampu diri. Obama menekankan kepada para sekutu tentang perlu kuasa-kuasa Eropah mengukuhkan operasi pertahanan mereka sendiri, yang masih di bawah naungan perlindungan AS.

“Ucapan itu akan menjadi peluang untuk membincangkan usaha bersama AS-Eropah bagi menangani pelbagai cabaran, termasuklah menangani ISIL, krisis pelarian masa ini, Ukraine dan haluan dalam ekonomi sejagat,” kata seorang pegawai AS. “Presiden akan membincangkan kemajuan yang dibuat berhubung isu-isu ini dalam tempoh beberapa tahun lalu dan menekankan tentang kerja tambahan yang akan dilakukan ke hadapan.”

Beralih tentang Syria, Obama akan mengumumkan bahawa beliau akan menghantar sehingga 250 orang lagi tentera ke negara itu untuk menambah latihan dan misi bantuan, menurut pegawai kanan pentadbiran. Pengumuman itu dibuat ketika sekutu-sekutu Eropah, termasuklah pemimpin negara tempat beliau mengadakan lawatan. Angela Merkel, berusaha untuk cuba membataskan aliran orang pelarian ke Eropah dan aliran darah di Syria.

Barack Obama bercakap di Hannover Messe, sebuah pameran perdagangan industri teknologi terbesar di dunia, di Hannover, utara Jerman, Kelmarin. – AP
Barack Obama bercakap di Hannover Messe, sebuah pameran perdagangan industri teknologi terbesar di dunia, di Hannover, utara Jerman, Kelmarin. – AP

Pasukan tentera AS di Syria diberi mandat untuk memberi nasihat dan membantu pemberontak Syria dan pasukan anti kumpulan IS. Semalam, hari pertama lawatan beliau ke Jerman, Obama mencuba memperoleh perdagangan rentas Atlantik.

“Angela dan Saya bersetuju bahawa AS dan Kesatuan Eropah perlu terus melangkah ke hadapan dengan rundingan Perdagangan Rentas Atlantik dan Perkongsian Pelaburan,” kata Obama, dengan merujuk kepada perjanjian perdagangan besar EU-AS yang sedang diusahakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA