Obama hargai ...

Obama hargai pengorbanan keluarga

CHICAGO, 11 Jan – Presiden Barack Obama menyapu air matanya ketika beliau memberikan penghargaan kepada dua anak perempuan remajanya dan kepada Michelle Obama, ‘teman karibnya’ pada akhir ucapan selamat tinggal beliau yang penuh emosi di bandar angkatnya, Chicago semalam.

“Michelle LaVaughn Robinson, gadis selatan, selama 25 tahun lalu, anda bukan saja menjadi isteri saya dan ibu kepada anak-anak saya, anda telah menjadi teman karib saya,” Obama memberitahu wanita pertama itu, yang duduk di hadapannya dengan mengenakan pakaian serba hitam.

“Anda mengambil peranan yang tidak anda minta dan menjayakan dengan lemah lembut dan tabah dan gaya dan tenang,” beliau memberitahu isterinya, pada satu tahap mengeluarkan sapu tangannya untuk menyapu air matanya, ketika orang ramai yang seramai 18,000 bertepuk sorak dengan gamatnya.

“Generasi baru mempunyai wawasan lebih tinggi kerana ia mempunyai anda sebagai role model. Anda telah membuatkan saya merasa bangga. Anda telah membuatkan negara merasa bangga.”

Obama kelihatan menangis ketika berucap semasa ucapan perpisahan beliau di Chicago, Illinois kelmarin. – AFP
Obama kelihatan menangis ketika berucap semasa ucapan perpisahan beliau di Chicago, Illinois kelmarin. – AFP

Di Chicago adalah tempat mereka bertemu, dan di situ anak-anak mereka lahir dan seperti yang dinyatakan oleh presiden di Facebook sebelum ucapan, “bagi Michelle dan saya, Chicago adalah tempat yang mana semuanya bermula.”

Sementara Malia, 18 tahun berada di situ untuk mendengarkan ucapan selamat tinggal ayahnya, adiknya, Sasha, 15 tahun tidak hadir – paling ketara dalam siri-siri ketidakhadiran di khalayak ramai oleh remaja itu yang telah mencetuskan banyak tajuk perbualan di sosial media dan hastag #sashaObama. – AFP