Obama ikrar perangi ‘fasa baru’ ancaman militant

Obama ikrar perangi ‘fasa baru’ ancaman militant

WASHINGTON, 7 Dis – Presiden Barack Obama memberi amaran kepada rakyat Amerika semalam tentang ancaman pengganas kepada AS telah berkembang menjadi ‘fasa baru’ berbahaya selepas amukan penembakan maut di California, tetapi berikrar akan memusnahkan kumpulan Islam, IS dan kumpulan militan lain.

Dalam ucapan luar biasa dari Oval Office, Obama berusaha menenangkan orang awam AS yang semakin gentar dengan usaha memerangi pejuang Islam yang pernah diperjuangkan di luar negara. Tetapi beliau tidak menyatakan peralihan besar dalam strategi yang berdepan semakin banyak kritikan bahawa ia gagal mengekalkan keselamatan negara.

Sebaliknya, dalam cara berhati-hati, Obama membentuk asas berhati-hati tentang apa yang akan beliau lakukan dan tidak lakukan.

Beliau berjanji, misalnya akan ‘memburu perancang pengganas,” di mana saja mereka berada. Namun beliau menegaskan dalam ucapan yang disiarkan di televisyen di seluruh negara; “Kita seharusnya tidak terlibat lagi ke dalam perang daratan lama dan mahal di Iraq atau Syria.”

Obama semasa berucap kepada negara dari Oval Office, Rumah Putih di Washington. - Reuters
Obama semasa berucap kepada negara dari Oval Office, Rumah Putih di Washington. – Reuters

Obama bercakap hanya empat hari selepas Syed Rizwan Farook, 28 tahun dan isterinya, warga Pakistan, Tashfeen Malik, 29 tahun, melepaskan tembakan pada satu pesta percutian bagi kakitangan awam di San Bernardino, California, yang membunuh 14 orang. Pasangan suami isteri itu terbunuh beberapa jam kemudian dalam kejadian tembak menembak dengan pihak polis.

Obama menyelar serangan itu ‘sebagai tindakan keganasan untuk membunuh mereka yang tidak bersalah.” Tetapi beliau juga berkata San Bernardino menunjukkan bahawa ‘ ancaman pengganas telah berkembang menjadi fasa baru’ ketika kumpulan IS menggunakan Internet untuk ‘meracuni minda’ bakal-bakal penyerang. Obama juga mengaitkan keselamatan kebangsaan dan perlunya pengawalan senjata ekoran pembunuhan beramai-ramai terbaru di Amerika.

FBI sedang menyiasat serangan gaya paramilitari itu di California sebagai yang mendapat inspirasi dari kumpulan IS, yang mengawal kawasan luas Syria dan Iraq dan telah memperlihatkan perluasan di luar kubu kuat Timur Tengah, termasuklah keterlibatan dalam serangan 13 Nov di Paris yang membunuh 130 orang.

Tetapi Obama, yang berucap dalam nada kurang perasaan berbanding Presiden Perancis Francois Hollande selepas serangan di Paris apabila beliau berikrar akan memerangi kumpulan Islam, berkata tidak ada bukti bahawa serangan California diarahkan oleh kumpulan militan luar negara atau sebahagian konspirasi lebih luas di tanah air. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA