Obama jemput Netanyahu untuk rundingan – laporan

Obama jemput Netanyahu untuk rundingan – laporan

BAITULMAQDIS, 16 Jun (Reuters) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi rundingan di Washington bulan depan selepas tempoh akhir bagi mencapai perjanjian nuklear dengan Iran, lapor akhbar Israel hari ini, dengan memetik sumber-sumber Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Bagaimanapun jurucakap pejabat Netanyahu tidak memberikan sebarang ulasan mengenai laporan berkenaan.

Pegawai-pegawai yang enggan dikenali pula memberitahu wartawan bahawa tiada jemputan seumpama itu yang diterima setakat ini.

Akhbar harian utama Yedioth Ahronoth memetik sumber-sumber di Jabatan Negara AS sebagai berkata Obama menjemput Netanyahu bagi rundingan pada pertengahan Julai, selepas tempoh akhir 30 Jun bagi kuasa-kuasa besar mencapai perjanjian mengenai program nuklear Iran.

Netanyahu sebelum ini mengkritik perjanjian yang dibimbangkan oleh Israel itu akan membolehkan Iran membuat bom selain sekatan yang dilonggarkan akan membolehkan negara itu menyalurkan bantuan kepada sekutu-sekutu gerila di rantau berkenaan.

Iran pula berkata projek nuklearnya adalah semata-mata untuk tujuan keamanan.