Obama lawat tapak serangan Paris

Obama lawat tapak serangan Paris

PARIS, 30 Nov (AFP) – Berdiri sambil mata menatap kalungan bunga, bendera dan kelipan lilin di depan kakinya, Barack Obama meratapi mangsa serangan Paris secara bertafakur di perkarangan dewan konsert Bataclan di Paris.

Presiden Amerika Syarikat itu mendarat di lapangan terbang Orly hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak iklim yang besar bertujuan untuk meraih perjanjian antarabangsa bagi memerangi pemanasan global.

Tindakan pertama beliau adalah melawat dewan konsert di mana, pada 13 November, kumpuan jihad bersenjata dengan AK47s dan jaket berani mati membunuh 90 orang dalam serangan paling berdarah di ibu negara Perancis.

Berdiri di depan perkarangan lokasi tersebut, Obama bertafakur, bergerak hanya untuk melangkah ke hadapan dan meletakkan bunga ros.

Obama mengadakan lawatan ke tapak serangan paris selepas sahaja mendarat di lapangan terbang Orly bagi menghadiri persidangan perubahan iklim. – Reuters
Obama mengadakan lawatan ke tapak serangan paris selepas sahaja mendarat di lapangan terbang Orly bagi menghadiri persidangan perubahan iklim. – Reuters

Juga menyertai beliau ialah Presiden Perancis Francois Hollande dan Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo.

Lawatan singkat Obama ke dewan konsert di timur bandar itu tidak diumumkan lebih awal kerana masalah keselamatan yang telah memuncak sejak serangan Paris. Kesemua 130 orang terkorban dalam insiden serangan yang didakwa oleh kumpulan Negara Islam, yang juga menyasarkan restoran, bar dan juga stadium negara Perancis.

Bataclan telah menjadi titik peringatan untuk mereka yang berkabung bagi mangsa serangan Paris, termasuk pemimpin-pemimpin dari Britain, Kanada dan Chile serta kumpulan rock Ireland U2.