Obama luah kekesalan pada PM Jepun

Obama luah kekesalan pada PM Jepun

TOKYO, 26 Ogos (Agensi) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menghubungi pemimpin Jepun bagi meluahkan kekesalannya atas dakwaan terbaru WikiLeaks yang mengatakan Amerika Syarikat telah membuat intipan pada pegawai-pegawai kanan Jepun.

Obama memberitahu Perdana Menteri Shinzo Abe bahawa beliau berpendapat pendedahan yang membabitkan Abe dan kerajaannya adalah satu kekesalan, jurucakap kerajaan Jepun memberitahu para pemberita.

Panggilan telefon selama 40 minit itu berlaku pada awal pagi ini waktu setempat.

Pegawai-pegawai Jepun berdepan soalan daripada pihak media dan dari dalam parlimen selepas WikiLeaks menyiarkan secara dalam talian apa yang dilihat sebagai lima laporan Agensi Keselamatan Negara AS (NSA) membabitkan pegawai-pegawai Jepun dalam perdagangan antarabangsa dan perubahan iklim.

Gambar fail menunjukkan Shinzo Abe (kiri) dan presiden Obama (kanan) ketika pertemuan mereka di Rumah Putih, Washington DC. – AFP
Gambar fail menunjukkan Shinzo Abe (kiri) dan presiden Obama (kanan) ketika pertemuan mereka di Rumah Putih, Washington DC. – AFP

Ia bertarikh dari 2007 hingga 2009. WikiLeaks juga menyiarkan apa ia katakan sebagai senarai NSA terhadap 35 sasaran Jepun bagi pintasan telefon.

Abe memberitahu Obama bahawa dakwaan-dakwaan itu boleh menjejaskan kepercayaan di antara kedua-dua negara, dan menekankan permintaannya bagi menyiasat perkara tersebut.

Ulasan-ulasan daripada kedua-dua belah pihak seolah-olah mengulangi pertukaran di antara Abe dan Timbalan Presiden AS Joe Biden dalam panggilan serupa awal bulan ini.

Kedua-dua pemimpin membincangkan isu kegawatan ekonomi global, Korea Utara dan perubahan iklim.