Obama menangis, arah perketatkan peraturan senjata

Obama menangis, arah perketatkan peraturan senjata

WASHINGTON, 6 Jan (Reuters) – Sambil mengesat air mata ketika beliau mengenangkan kanak-kanak yang dibunuh dalam penembakan beramai-ramai, Presiden Barack Obama semalam mengarahkan peraturan senjata lebih ketat yang boleh beliau kenakan tanpa Kongres dan menggesa para pengundi Amerika menolak calon yang pro-senjata.

Obama menjelaskan beliau tidak menjangka undang-undang senjata akan berubah ketika beliau masih menjadi presiden, tetapi berjanji akan melakukan apa yang boleh untuk menjadikan tema kawalan senjata dalam tempoh beberapa bulan sebelum pilihan raya bulan November untuk menggantikan beliau.

Dalam ucapan bertenaga di Rumah Putih, dikelilingi anggota keluarga mereka yang terbunuh dalam penembakan itu, beliau meninggikan suaranya ketika beliau berkata hak perlembagaan rakyat Amerika untuk membawa senjata perlu seimbang dengan hak untuk beragama, hidup aman.

Obama kerap berkata tempoh waktu paling sukar beliau sebagai presiden ialah bergelut dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai pada Disember 2012 ke atas 20 orang kanak-kanak dan enam orang dewasa di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut.

Barack Obama mengalirkan air mata ketika memberikan kenyataan mengenai tindakan eksekutif bagi mengurangkan keganasan senjata api di Rumah Putih, Washington kelmarin. - Reuters
Barack Obama mengalirkan air mata ketika memberikan kenyataan mengenai tindakan eksekutif bagi mengurangkan keganasan senjata api di Rumah Putih, Washington kelmarin. – Reuters

“Setiap kali saya memikirkan budak-budak kecil itu, ia membuatkan saya merasa berang,” kata Obama, sambil air matanya mengalir di pipi.

“Itu telah mengubah saya, pada hari itu,” katanya selepas diperkenalkan oleh Mark Barden, yang anak lelakinya yang berusia 7 tahun telah terbunuh dalam penembakan itu. “Harapan saya ialah itu akan mengubah negara.”

Selepas tragedi itu, presiden Demokrat ini telah gagal memujuk Kongres supaya mengetatkan undang-undang senjata AS. Beliau telah menyalahkan para ahli undangan kerana menjadi hamba kepada kumpulan pelobi senjata berpengaruh, Pertubuhan Raifal Kebangsaan.

Obama, yang membandingkan isu itu dengan perjuangan hak awam pada masanya, dijangka membincangkan keganasan senjata lagi ketika siaran langsung melalui televisyen melalui CNN di dewan bandar esok, dan ketika ucapan State of The Union beliau pada Selasa depan.

Timbalan Presiden Joe Biden dijangka melakukan siri-siri temu bual televisyen berhubung topik itu pada hari Rabu.

ARTIKEL YANG SAMA