Obama, Netanyahu adakan rundingan perbaiki hubungan

Obama, Netanyahu adakan rundingan perbaiki hubungan

WASHINGTON, 6 Nov (AFP) – Barack Obama dan Benjamin Netanyahu akan mengadakan sidang mesyuarat selepas perbalahan pada hari Isnin, berharap perjanjian pertahanan besar 10 tahun akan membantu mereka mengorak langkah melewati pertikaian terbuka yang menggoyah gabungan berdekad-dekad lama itu.

Selepas pertikaian berhubung perjanjian nuklear dengan Iran yang disokong AS, kedua-dua pemimpin akan membincangkan perjanjian yang dijangka bernilai lebih AS$30 bilion yang akan termasuk sistem canggih persenjataan, menurut para pegawai.

Perjanjian itu tidak akan dimuktamadkan ketika sidang mesyuarat itu dan akan hanya berkuat kuasa selepas perjanjian pada masa ini mansuh pada 2017.

Tetapi Obama dan Netanyahu dijangka membincangkan komitmen yang mungkin menyaksikan Israel mendapat lebih 33 buah jet F-35 berteknologi tinggi yang dipesan, peluru kepersisan dan peluang untuk membeli V-22 Ospreys dan sistem senjata lain yang dibentuk untuk memastikan kelebihan ketenteraan Israel ke atas jiran-jirannya.

Senjata-senjata itu dikatakan dalam rundingan yang memperlihatkan kepentingan Iran di AS dan pemikiran ketenteraan Israel.

F-35 adalah satu-satunya pesawat udara yang dapat menangani sistem S-300 peluru berpandu permukaan ke udara yang dikatakan oleh Rusia ia mungkin menjualnya kepada Tehran.

Para pegawai berkata Israel mungkin ingin memastikan sekutu-sekutu AS lain di rantau itu tidak mendapat F-35. Rumah Putih setakat ini menolak permintaan negara-negara Teluk Arab untuk membeli pesawat itu.

Tetapi sementara Israel telah ditawarkan beberapa bom pemusnah kubu pertahanan, perbalahan tentang bagaimana untuk menangani Tehran mungkin mengakibatkan penjualan “Massive Ordnance Penentrators” bernilai 30,000 pound yang boleh digunakan untuk mensasarkan tapak nuklear Iran, tidak dirundingkan.