Obama, Netanyahu sambung rundingan pertahanan

Obama, Netanyahu sambung rundingan pertahanan

BAITULMAQDDIS, 18 Okt – Israel dan AS telah menyambung semula rundingan berhubung bantuan pertahanan pada masa hadapan yang telah ditangguhkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam membantah perjanjian nuklear Iran, duta Israel ke Washington berkata hari ini.

Sekutu-sekutu itu nampaknya bersetuju dengan pakej bantuan 10 tahun untuk melanjutkan bantuan $3 juta oleh AS kepada Israel, yang dijangka mansuh dalam tahun 2017. Tetapi Netanyahu membekukan rundingan itu sebelum perjanjian Julai yang dicapai oleh kuasa-kuasa dunia dan Iran yang dianggap Israel tidak mencukupi.

“Dengan perjanjian nuklear kini ke hadapan, Israel juga mara ke hadapan, dengan harapan akan menempa dasar sama dengan AS untuk menangani bahaya berterusan yang diperlihatkan oleh Iran,” Duta Ron Dermer berkata di Facebook.

“Rundingan berhubung Memorandum Persefahaman baru antara Israel dan AS, yang ditangguhkan agak lama, disambung semula minggu lalu di Washington,” katanya dengan menggunakan istilah itu untuk perjanjian bantuan pertahanan.

Gambar fail yang diambil pada 30 September 2013 menunjukkan Obama dan Netanyahu mengadakan perundingan perjanjian nuklear Iran di Washington. - Reuters
Gambar fail yang diambil pada 30 September 2013 menunjukkan Obama dan Netanyahu mengadakan perundingan perjanjian nuklear Iran di Washington. – Reuters

Sebelum penangguhan, kedua belah pihak hampir pada perjanjian pakej bantuan baru bernilai $3.6 bilion hingga $3.7 bilion setahun, menurut para pegawai AS dan Israel.

Mereka meramalkan jumlah itu akan meningkat lagi memandangkan Israel mengatakan ia perlukan lebih banyak bantuan untuk mengimbangi kemungkinan ‘durian runtuh’ bagi Iran dalam pengurangan sekatan yang mungkin digunakan untuk membiayai gerila anti Israel.

Pegawai tertinggi tentera AS, Jeneral Marin Joseph Dunford, tiba di Israel semalam bagi lawatan yang menurut Dermer akan termasuklah rundingan bantuan pertahanan.

Dia menambah kata Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon, yang melawat Washington lewat bulan ini, akan meneruskan rundingan itu dan begitu juga Netanyahu apabila beliau menemui Presiden AS Barack Obama di Rumah Putih pada 9 November.

Dermer berkata “Israel berharap rundingan yang kini akan mencapai perjanjian jangka panjang yang akan secara dramatik meningkatkan kemampuan Israel untuk mempertahankan dirinya sendiri terhadap sebarang ancaman dan membolehkan Israel menangani cabaran besar yang kini kami hadapi di rantau ini.” – Reuters