Obama pertahan perjanjian nuklear Iran

Obama pertahan perjanjian nuklear Iran

WASHINGTON, 6 Ogos – Presiden Barack Obama semalam mempertahankan perjanjian nuklear antarabangsa dengan Iran yang diterajui Amerika Syarikat sambil berkata mengabaikan perjanjian itu akan membuka prospek bagi peperangan.

Sambil menyamakannya dengan inisiatif damai Perang Dingin oleh bekas presiden AS John F. Kennedy dan Ronald Reagan, Obama berkata jika Kongres memblok perjanjian itu, ia akan meningkatkan laluan Tehran kepada pembuatan bom dan amat merosakkan kredibiliti Amerika.

Obama berkata “alternatif-alternatif kepada tindakan ketenteraan akan meletihkan sebaik sahaja kita menolak penyelesaian diplomatik yang paling menerima sokongan sebulat suara dunia.”

Beliau menambah: “Marilah kita elakkan kehancuran. Pilihan kita depani adalah di antara diplomasi atau sebahagian bentuk perang. Mungkin bukan esok, mungkin bukan tiga bulan dari sekarang, tetapi tidak lama lagi.”

Ucapan Obama adalah sebahagian daripada usaha mempromosi perjanjian pada 14 Julai lepas di antara Iran dan enam kuasa-kuasa dunia yang rundingannya berlangsung selama 18 bulan.

Enam kuasa besar tersebut bersetuju menarik balik sekatan ekonomi ke atas Iran dan sebagai imbalannya mengekang program nuklearnya yang menurut Tehran adalah hanya untuk tujuan keamanan. – AFP