Obama pertahankan respons kerajaan ke atas mangsa banjir

Obama pertahankan respons kerajaan ke atas mangsa banjir

BATON ROUGE, Amerika Syarikat, 24 Ogos – Presiden Barack Obama telah mengadakan lawatan untuk meninjau mangsa banjir di Louisiana semalam, mempertahankan tindak balas daripada pentadbiran beliau dan menggesa rakyat untuk turut membantu masyarakat yang terlibat dalam bencana itu.

Lawatan itu datang selepas kritikan terhadap kelewatan Obama untuk mengunjungi para mangsa dalam bencana banjir tersebut. Obama tiba di Baton Rouge dan melawat ke tempat yang terjejas serta menjanjikan mangsa Louisiana akan mendapat semua bantuan yang mereka perlukan.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih daripada 100,000 orang telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan kecemasan kerajaan AS akibat banjir.

Pengawal Kebangsaan telah dikerahkan dan kerajaan persekutuan telah meluluskan lebih daripada AS$120 juta pada bantuan untuk disewa sementara, pembaikan rumah dan pembayaran insurans banjir.

“Saya minta setiap warga Amerika untuk melakukan apa yang anda boleh bantu terhadap keluarga dan perniagaan tempatan untuk terus bangun selepas kejadian itu,” kata Obama kepada orang ramai di laman web volunteerlouisiana.gov dan kumpulan bantuan seperti Palang Merah.

Obama mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir di Baton Rouge, Louisiana, semalam. Obama tiba di Louisiana semalam, dengan harapan untuk menawarkan sokongan kepada komuniti yang dilanda bencana tersebut. – AFP
Obama mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir di Baton Rouge, Louisiana, semalam. Obama tiba di Louisiana semalam, dengan harapan untuk menawarkan sokongan kepada komuniti yang dilanda bencana tersebut. – AFP

“Di sini adalah antara orang yang baik,” katanya. “Mereka tidak perlu melakukannya sendiri.”

Obama telah dikritik berikutan dengan tindakannya untuk tidak memendekkan percutiannya selama dua minggu di Martha, Vineyard.

Hujan lebat yang bermula pada 11 Ogos lalu itu telah menenggelami beribu-ribu rumah.

Dalam hanya beberapa hari, 31 inci (79 sentimeter) hujan dilanda di beberapa bahagian rendah negeri itu – di mana titik tertinggi adalah hanya 535 kaki (165 meter) di atas paras laut.

Bencana itu mengingati kembali kenangan pahit ketika Ribut Katrina, 11 tahun yang lalu berdekatan New Orleans yang membawa kepada kritikan terhadap tindak balas kerajaan persekutuan. – AFP