Obama rai 50 tahun bersama Singapura

Obama rai 50 tahun bersama Singapura

WASHINGTON, 3 Ogos – Presiden Barack Obama meraikan 50 tahun hubungan diplomatik dengan Singapura semalam dengan mengadakan makan malam penghargaan bersama rakan kongsi yang dipercayai.

Obama mengadakan makan malam negeri ke-12 sebagai penghargaan dan penghormatan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching.

Obama berkata hubungan antara dua hala tersebut ‘hampir dua abad’ ketika Singapura masih di bawah tanah jajahan, dan Amerika Syarikat baru-baru ini telah muncul sebagai sebuah negara yang merdeka.

Beliau juga berkata kerjasama itu adalah lebih daripada kepen-tingan strategik yang dikongsi bersama dalam perkembangan Asia Pasifik.

“Kami terikat dengan sejarah, oleh keluarga dan oleh persahabatan,” kata Obama.

Obama dan Michelle Obama bergambar ramai bersama Lee Hsien dan isterinya, Ho Ching semasa makan malam negeri di Rumah Putih semalam. - AP
Obama dan Michelle Obama bergambar ramai bersama Lee Hsien dan isterinya, Ho Ching semasa makan malam negeri di Rumah Putih semalam. – AP

Hubungan dua hala itu juga termasuk hubungan ekonomi dan keselamatan rapat, dengan lebih daripada 3500 syarikat-syarikat AS kini dijalankan di Singapura.

Singapura adalah negara pertama di Asia Tenggara untuk menyertai dalam memerangi kumpulan Negara Islam.

“Mari kita terus membina sesuatu yang istimewa bersama-sama,” kata Obama.

Majlis makan malam tersebut turut dihadiri oleh pembesar negara dan juga beberapa selebriti Washington. – AP

ARTIKEL YANG SAMA