Obama rai Clinton, ketemu Sanders

Obama rai Clinton, ketemu Sanders

WASHINGTON, 8 Jun – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Clinton semalam bagi kejayaan berhasil merangkul pencalonan presiden demokratik, dan merancang untuk bertemu saingan partinya dengan Bernie Sanders lewat minggu ini, menurut Rumah Putih.

Obama memanggil Clinton dan Sanders dan “mengucapkan tahniah kepada kedua-dua calon itu untuk menjalankan kempen inspirasi yang membawa generasi baru rakyat Amerika ke dalam proses politik, dan menumpukan kepada kepentingan dasar idealogi,” Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Josh Earnest berkata dalam satu kenyataan .

Beliau juga berkata presiden akan bertemu dengan Sanders di Rumah Putih pada hari Khamis.

Kenyataan lewat malam itu muncul ketika persaingan progresif pencalonan dalam malam terakhir, di mana ia akan memperlihatkan kemampuan sosialis Sanders untuk memperjuangkannya sepanjang Konvensyen Demokratik pada Julai nanti dan menegaskan ia akan berakhir dengan kejayaan atau kekalahan.

Sanders berjuang dan melibatkan diri terhadap sokongannya di California, negeri yang paling ramai penduduk di negara ini dan perjuangannya itu adalah semata-mata untuk meraih kejayaan.

Tetapi dalam pada itu Clinton telah memenangi New Jersey, South Dakota dan New Mexico semalam, menurut rangkaian Amerika Syarikat, dan Sanders mendahului dengan margin yang besar di California. Sanders diunjurkan untuk memenangi North Dakota.

Obama berterima kasih kepada Sanders untuk “jutaan tenaga rakyat Amerika” dengan kempen beliau menonjolkan perjuangan untuk menamatkan ketidaksamaan ekonomi dan pengaruh kepentingan khas mengenai politik Amerika Syarikat, menurut Earnest. – AFP