Obama rai dua hari penting

Obama rai dua hari penting

WASHINGTON, 5 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama meraikan ketenteraan negara dan juga ulang tahun anaknya, Malia yang ke-18 tahun di Rumah Putih untuk meraikan cuti Hari Kemerdekaan Amerika semalam.

“Kita semua tahu bahawa kemerdekaan kita adalah bergantung pada begitu banyak kumpulan lelaki dan perempuan berpakaian seragam dan keluarga mereka yang me-ngawasi kita setiap hari,” kata Obama.

“Bagi mereka yang dalam ketenteraan kita yang tidak dapat menghadiri, kami hanya ingin menyatakan betapa kami mengagumi, menghormati dan menghargai setiap yang kamu lakukan untuk memperjuangkan kebebasan kami setiap hari.”

Kisah kemerdekaan Amerika adalah “sesuatu yang perlu kita perjuangkan setiap hari,” tambah beliau.

“Ia melibatkan kita saling hormat-menghormati. Dan ia melibatkan kita mengakui bahawa masih ada orang di negara ini yang kelaparan dan mereka tidak merdeka kerana itu.”

Obama memeluk anak perempuannya, Malia sempena hari ulang tahunnya yang jatuh pada Hari Ke-merdekaan yang diraikan bersama anggota tentera dan kakitangan pentadbirannya pada 4 Julai di Ru-mah Putih di Washington. - AFP
Obama memeluk anak perempuannya, Malia sempena hari ulang tahunnya yang jatuh pada Hari Ke-merdekaan yang diraikan bersama anggota tentera dan kakitangan pentadbirannya pada 4 Julai di Ru-mah Putih di Washington. – AFP

“Masih ada orang di negara ini yang tidak mendapat pekerjaan dan kebebasan tanpa kemampuan untuk menyumbang kepada masyarakat dan mengadakan tempat tinggal atau menjaga keluarga, itu belum lagi menjadi matlamat kita.”

Obama mengakhiri dengan berkata ulang tahun ke-18 tahun anak perempuannya, Malia juga jatuh pada 4 Julai.

“Dan oleh sebab adalah menjadi tanggung jawab ayah untuk memalukan anak perempuannya, saya ada satu tugas terakhir,” katanya sebelum mendahului menyanyikan “Selamat Hari Jadi”.

Persembahan bunga api tahunan di negara berlangsung selepas itu, yang terjejas oleh awan hujan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA