Obama rasmikan Muzium Amerika Afrika, Kebudayaan

Obama rasmikan Muzium Amerika Afrika, Kebudayaan

WASHINGTON, 25 Sept – Presiden Barack Obama telah merasmikan pembukaan Muzium Sejarah Bangsa Amerika Afrika dan Kebudayaan di Washington, sesuatu yang sudah lama dinantikan oleh bangsa berkulit hitam dan sebagai kemenangan di Amerika Syarikat.

Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat memotong reben tersebut bagi merasmikan bangunan seluas 400,000 kaki persegi itu (37,000 meter persegi) di hadapan ribuan penonton yang berkumpul di ibu negara Amerika Syarikat.

“Sejarah Amerika Afrika tidak begitu terpisah daripada cerita besar Amerika. Ia bukan bahagian bawah cerita Amerika,” kata Obama. “Ia menjadi pusat kepada cerita Amerika.”

Barack Obama ketika bercakap pada majlis perasmian Muzium Amerika Afrika dan Kebudayaan di Washington pada 24 September 2016. - AFP
Barack Obama ketika bercakap pada majlis perasmian Muzium Amerika Afrika dan Kebudayaan di Washington pada 24 September 2016. – AFP

Sementara itu, calon presiden Republikan Donald Trump, yang ingin menguatkan sokongan dalam kalangan para pengundi kulit hitam, telah tersekat pada nama muzium Washington baru tentang sejarah bangsa Amerika Afrika.

Muzium baru itu ‘benar-benar tempat indah,” Trump memberitahu ribuan penyokong di Roanoke, Virginia semalam. Dia menggelarkannya sejarah muzium kebangsaan Amerika Smithsonia, seni bangsa Amerika Afrika.”

“Saya akan berjuang memastikan bangsa Amerika Afrika sepenuhnya dimasukkan dalam impian Amerika.” – AFP