Obama sertai Sidang Kemuncak G20

Obama sertai Sidang Kemuncak G20

ANTALYA, Turki, 15 Nov (AFP) – Presiden AS Barack Obama mendarat di tempat peranginan Turki yang dikawal ketat di Mediterranean hari ini untuk menyertai satu sidang kemuncak yang disurami oleh serangan Paris yang dituntut oleh pejuang jihad Kerajaan Islam.

Pesawat udara Air Force One mendarat pada pukul 7 pagi di lapangan terbang Antalya, satu destinasi percutian yang penuh dengan 12,000 polis dan pelbagai tempat pemeriksaan keselamatan untuk mengawal pemimpin-pemimpin ekonomi Kumpulan 20, yang memulakan mesyuarat dua hari pada hari ini.

Obama tiba sehari selepas mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai serangan Paris, yang membunuh 129 orang dan mencedera lebih daripada 350.

Erdogan dan Obama berjabat tangan semasa mesyuarat di luar Sidang Kemuncak G20 di Antalya. – AFP
Erdogan dan Obama berjabat tangan semasa mesyuarat di luar Sidang Kemuncak G20 di Antalya. – AFP

Beliau dijangka bertemu dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebelum sidang kemuncak, yang mengumpul bersama pemimpin 20 ekonomi paling berpengaruh di dunia, termasuk Presiden China Xi Jinping dan Vladimir Putin dari Rusia.

Selain daripada serangan Paris, pemimpin akan menghadapi dan mengatasi perselisihan mereka mengenai cara-cara menyelesai pertempuran di Syria, krisis penghijrah dan cara-cara mengawal pemanasan bumi sebelum persidangan iklim pada 30 November – 11 Disember di Paris.

Selepas G20, pemimpin AS akan berlepas ke Manila dan Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang kemuncak ekonomi dan politik Asia-Pasifik.